Bekas naib presiden PKR, Zuraida Kamaruddin sedia menyahut cabaran daripada bekas partinya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Ampang yang disandangnya, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Ahli Parlimen Bebas itu, yang kini menggunakan platform Bersatu, juga tidak gentar dengan cabaran PKR untuk merampas semula kerusi Parlimen itu serta mengalu-alukan calon bekas partinya untuk bersaing secara sihat merebut kerusi itu yang dimenanginya atas tiket PKR pada PRU14 lalu.
"Saya cukup berbangga apabila PKR memilih Ampang untuk mengadakan program mereka di sini. Selama ini mereka tidur dan sekarang sudah bangkit. Alhamdulillah, kita profesional jadi kita akan bertanding dan berdepan secara sihat.
"Insya-Allah, saya sangat mengalu-alukan kedatangan mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Program Ibadah Korban oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Hulu Langat, di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin baru-baru ini bahawa PKR akan mengambil alih kerusi Parlimen itu.
Selain kerusi Parlimen Ampang, PKR juga berhasrat mengambil balik kerusi Parlimen Gombak yang diwakili bekas timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Program ibadah korban itu memberi faedah kepada 6,000 penerima menerusi agihan daging membabitkan 60 ekor lembu.
Sementara itu, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata satu undang-undang yang antara lain untuk menangani isu diskriminasi perkauman dalam pasaran hartanah akan dibentangkan di Parlimen awal tahun depan.
Undang-undang yang dikenali sebagai Akta Sewaan Kediaman (RTA) itu masih digubal dan dijangka selesai akhir tahun ini, katanya.
Januari lalu, Zuraida dilaporkan berkata RTA akan membantu isu diskriminasi kaum susulan kejadian tuan rumah enggan menerima penyewa berlainan etnik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 31 2020
Zuraida Kamaruddin bercakap kepada pemberita selepas Program Korban di Balai Bomba Pandan Indah hari ini. - Bernama
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Tempat duduk blok Tun M dalam dewan akan diperkemas
Pada masa ini tempat duduk bekas Perdana Menteri itu dan lima lagi Ahli Parlimen yang bersama-sama beliau berjauhan antara satu sama lain.
Ahli Parlimen Lubok Antu keluar PKR, ikrar sokong Muhyiddin, Abang Johari
Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat @ Jugah Muyang hari ini mengumumkan keluar PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kerajaan GPS.