Parti Warisan Sabah (Warisan) menyuarakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Jelas Bendahari Agungnya, Terrence Siambun, biarpun tiada perjanjian lisan membabitkan parti itu dan pakatan pembangkang di Semenanjung, namun mereka komited untuk menjadi tulang belakang PH di Sabah.
Beliau menegaskan, pihaknya sedia bekerjasama dengan PH walaupun tiada perjanjian untuk menyokong gabungan pembangkang itu.
"Saya tidak melihat kami ada isu berhubung perkara itu. Seperti yang presiden parti nyatakan kita bersama-sama terlibat dalam perjuangan di Sabah.
"Kita juga sentiasa menekankan kepada rakyat bahawa kita menyokong PH di Malaysia dan di Sabah kita akan memainkan peranan sebagai tulang belakang," katanya ketika membuat tinjauan mesra Parti Warisan Sabah di Tamu Dogonggon, Penampang di sini, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog berkata, Warisan tidak mempunyai masalah untuk berganding bahu dengan PH dan menolak spekulasi bahawa parti itu enggan bekerjasama dengan PH.
Sementara itu, Terrence turut mempersoalkan kesediaan Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) untuk memberi peluang kepada muka baru untuk menerajui parti tersebut.
"Mereka asyik menghantar muka yang sama setiap tahun. Mereka harus memberi peluang kepada muka baru dan juga generasi baru. Jadi saya rasa itu lebih bagus dan menggalakkan," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Thu Feb 08 2018
TERRENCE: Warisan sedia bekerjasama dengan PH walaupun tiada perjanjian untuk menyokong gabungan pembangkang itu. - Foto AstroAWANI
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
Warisan mahu ketuai kerjasama dengan PH di Sabah?
Biarpun tiada perjanjian lisan membabitkan Warisan dan PH di Semenanjung, namun mereka komited untuk menjadi tulang belakang PH di Sabah.