Mana-mana wakil rakyat yang tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dinasihatkan supaya tidak berkecil hati sebaliknya terus membantu memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, mereka yang sebelum ini pernah bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), perlu bekerjasama dan membantu jentera parti supaya BN menang dengan penuh bergaya.
"Jika tidak dipilih semula sebagai calon, mereka hendaklah tetap meneruskan perjuangan membela kepentingan rakyat, malah berjuang habis-habisan bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencapai kemenangan pada PRU nanti," katanya selepas merasmikan Bilik Gerakan BN Perlis di sini, malam tadi.
Tambah Shahidan, senarai calon sudah pun dihantar kepada presiden parti dan Datuk Seri Najib akan menentukan siapakah yang layak untuk bertanding di kerusi-kerusi Parlimen dan DUN.
Katanya lagi, beliau sudah menyerahkan senarai muka baru untuk diketengahkan termasuk orang lama.
Beliau berkata, calon yang dipilih diingatkan supaya tidak mengenepikan rakyat yang telah memilih dan mengundi mereka sebagai wakil rakyat malah perlu bekerja keras dan menunaikan janji yang telah dibuat kerana BN adalah sebuah parti yang sentiasa menepati janji.
Dalam pada itu, Shahidan berkata, BN yakin akan memenangi semula kerusi DUN Sanglang dan Indera Kayangan dan mempertahankan 13 kerusi DUN dan tiga kerusi Parlimen di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2018
SHAHIDAN: Mereka yang sebelum ini pernah bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu bekerjasama, membantu jentera parti supaya BN menang dengan penuh bergaya. - Gambar Fail
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Ada keperluan pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN
Terdapat keperluan untuk PDRM melakukan pindaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967, yang berkaitan dengan tugasan mengiring di jalan raya.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.
Bubur pedas, juadah tradisi meriahkan Ramadan di Sarawak
Setiap kali Ramadan, juadah bubur lambuk pasti menjadi 'fenomena' di Semenanjung, sejak sekian lama.
Cristiano Ronaldo akui dia bukan lagi ‘pemain terbaik’ Portugal?
Bernardo Silva telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Portugal walaupun Cristiano Ronaldo masih beraksi untuk negaranya.
Cuaca panas: Orang Asli hadkan aktiviti luar rumah, masuk hutan
Bahang cuaca panas menyebabkan masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Brooke terpaksa mengurangkan aktiviti di luar rumah dan masa bekerja di dalam hutan.
Kerajaan Persekutuan ambil alih projek LRT Pulau Pinang
Projek pembangunan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan tetapi dengan meletakkan syarat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Pengarah syarikat dakwa pemilik RM500,000 beri keterangan esok - Ketua Polis Selangor
Pengarah syarikat yang mendakwa pemilik bagasi berisi wang RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta dijangka hadir memberikan keterangan esok.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.
RUU kekalkan kerajaan perlu untuk wujud kerajaan stabil, yakinkan pelabur - MB Perak
Cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengekalkan kerajaan mentadbir sehingga akhir penggal perlu dilaksana untuk mewujudkan kerajaan yang stabil.