Pemuda Umno Perak hari ini menegaskan video tular Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir bukanlah palsu.
Ketuanya, Khairul Shahril Mohamed berkata laporan balas yang dibuat pihaknya hari ini adalah bertujuan untuk menyangkal tuduhan serius Kor Ming yang mengatakan pihaknya membuat laporan palsu sebelum ini.
“Hari ini, Pemuda Umno Perak akan menyerahkan bukti video berdurasi 30 minit dan 36 saat kepada pihak polis, kepada Polis Diraja Malaysia, kerana semalam (Selasa) Kor Ming mengatakan kami membuat laporan palsu berdasarkan video yang tular di laman sosial itu telah disunting.
“Malah, video klip yang kami petik ini juga daripada media rasmi Kor Ming sendiri, iaitu TaipingKini, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk mereka teliti dan mereka nilaikan dengan kesahihan dakwaan kami,” katanya dalam sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam, dekat sini hari ini.
Jelasnya, beliau berharap agar pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri Kepayang itu kerana dilihat sebagai satu perlakuan yang mengganggu ketenteraman dan keselesaan masyarakat di negeri Perak.
Tambah Khairul, kata-kata kesat yang dikeluarkan oleh Kor Ming pada minit ke-26 itu juga telah memberi gambaran yang buruk kepada pimpinan utama negeri Perak khususnya Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir sendiri.
“Saya pun tidak mahu mengatakan video ini sahih, atau palsu dan sebagainya tetapi kita serahkan kepada polis untuk menilai keseluruhannya,” katanya lagi.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan mengenai tujuh laporan polis oleh pergerakan itu serta gabungan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung kenyataan kesat Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming terhadap Menteri Besar Perak baru-baru ini.
Dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Sungai Senam pada pukul 1.15 petang pada 20 November lepas, Kor Ming dikatakan telah menghina orang Melayu di pentas ceramah politik sekitar Ipoh.
Sehari selepas itu, Kor Ming telah membuat laporan balas yang mendakwa laporan itu hanyalah sebagai satu kempen fitnah melalui satu laman blog yang disunting bagi menimbulkan ketegangan kaum.
Nazialita Geynna Maharan
Wed Nov 22 2017
Kata Khairul (tengah) Khairul, kata-kata kesat yang dikeluarkan oleh Kor Ming pada minit ke-26 itu juga telah memberi gambaran yang buruk kepada pimpinan utama negeri Perak. - Foto Astro AWANI
Kandungan mudarat di media sosial meningkat ketara - SKMM
Kandungan memudaratkan itu termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu.
Data & statistik: Indeks harga pengeluar Malaysia meningkat 0.3% daripada -0.6%
Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menjelaskan, pada asas bulanan, IHPR Pengeluaran Tempatan meningkat 0.7 peratus selepas penurunan 0.1 peratus pada bulan lepas.
Cukai ditangguh, MOF belum bentang RUU
Di sebalik keinginan masyarakat perniagaan untuk mendapatkan butiran mengenai Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT), Kementerian Kewangan (MOF) tidak memperkenalkan rang undang-undang HVGT dalam sidang Parlimen semasa seperti yang dirancang pada asalnya.
Kisah Ramadan Tengku Zafrul: ‘Ride’ tengah malam dan moreh di Kampung Baru
Kesibukan sebagai menteri tidak halang Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu luang masa dengan rakan-rakannya.
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Netizen ungkit kisah perkahwinan Sandra Dewi dan suuami di Disneyland serta hadiahkan anak jet peribadi.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
Penggodam disokong China sasar infrastruktur kritikal AS
Syarikat itu berkata organisasi yang terjejas oleh kempen berniat jahat itu antara lain termasuk maritim, kerajaan dan teknologi maklumat.
Isu asal usul COVID-19 dipolitikkan - Tinjauan CGTN
Hasil tinTjauan kumpulan pemikir China Global Television Network (CGN) mendapati bahawa 80 peratus responden berpendapat usaha merungkai asal usul pandemik COVID-19 dicemari politik.
"Saya tidak boleh menulis, kini berdepan masalah kesihatan" - Amitabh Bachchan
Bintang Bollywood Amitabh Bachchan kini dilaporkan sedang mengalami masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di India.
Memoir Thomas: Azalina gesa peranan AG dan pendakwa raya dipisahkan
Azalina berkata kuasa pendakwaan menjadikan Peguam Negara antara individu paling berkuasa di Malaysia.
Penulis blog 'Big Dog' meninggal dunia
Berita sedih mengenai pemergian Zakhir, 52, dikongsi oleh beberapa pengguna media sosial di laman Facebook Allahyarham, sebentar tadi.
Undang-undang diguna untuk sesuatu yang tidak demokratik, adil - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa undang-undang ketika ini digunakan untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak demokratik dan adil.
'Tinggal saya seorang, saya kesunyian' - Tun M luah rasa sedih atas pemergian sahabat
Ahli Parlimen Langkawi berkata beliau dan Khalid bersama selepas tamat Perang Dunia Kedua.
Isu kuarantin: Khairuddin nafi ke Belanda, beri amaran saman pemfitnah
Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan dakwaan kononnya beliau pergi ke Belanda ketika lawatannya ke Turki semasa PKPP.
Malaysia mungkin jadi negara perasuah jika jenayah itu terus dipandang ringan - Tun M
Apabila ramai yang anggap rasuah bukan sebagai satu jenayah yang buruk, maka ia akan berkembang sehingga menjadi amalan seluruh masyarakat.
Lebih 50 peratus rakyat Malaysia percaya melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP
Nancy berkata, daripada tinjauan itu, sebanyak 50.9 peratus responden mempercayai bahawa melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP.