Pemuda UMNO Kedah percaya parti itu tidak perlu membawa jentera tambahan untuk mempertahankan Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, parti juga tidak akan menampilkan calon payung terjun bersifat 'heavyweight' bagi berdepan dengan calon 'nostalgia' seperti yang disebut-sebut akan bertanding di kerusi berkenaan.
"Kita penuh yakin dan percaya jentera Barisan Nasional (BN) Langkawi mampu menggalas tanggungjawab dengan sempurna dan dalam pada masa sama mengekalkan masa depan yang lebih bermakna.
"Kita juga yakin bahawa pengundi Langkawi tidak akan menjadikan sentimen sebagai asas memilih kerajaan pada PRU yang akan datang.
"Mereka akan memilih mana-mana kerajaan yang mampu menggariskan wajah masa depan untuk Langkawi," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: PM Najib peruntukan RM1.3 bilion untuk infrastuktur Langkawi
BACA: 'Saya dah tau dah apa nak buat bila jadi PM' - Tun Mahathir
Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui mengintai tiga kawasan Parlimen iaitu Kubang Pasu, Langkawi dan Putrajaya untuk bertanding dalam PRU14.
Bagaimanapun, penganalisa politik, Dr Sivamurugan Pandian berkata amat sukar untuk BN menafikan pengaruh Dr Mahathir dan anaknya Datuk Seri Mukhriz di Kedah.
Dalam pada itu kata Shaiful, hakikatnya keupayaan dan keberanian kerajaan hari ini yang sanggup membelanjakan ratusan jutaan ringgit ke atas Langkawi haruslah dinilai daripada aspek visi dan kebijaksanaan membuat keputusan serta bukannya sentimen semata-mata.
"Kita ingin jelaskan bahawa ini bukanlah butang panik seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak tetapi ianya adalah atas dasar tanggungjawab dan perancangan jangka masa panjang serta sederhana kerajaan untuk mempertingkatkan lagi potensi Langkawi sebagai destinasi pelancongan tersohor di dunia.
"Kita juga ingin jelaskan bahawa Langkawi bukan hak milik mutlak pemimpin tertentu tetapi tanggungjawab semua pihak yang menjadi kerajaan," ujarnya.
Kata Shaiful, pengumuman pakej infra yang berjumlah RM600 juta amat bermakna untuk penduduk Langkawi dan secara tidak langsung untuk ekonomi negeri Kedah.
"Hakikatnya Datuk Seri Najib tidak pernah mengabai ataupun melupakan rakyat Langkawi, di dalam beberapa siri lawatan beliau ke Langkawi wajib dibawa sekali pakej-pakej pembangunan kepada rakyat di sana.
"Pemuda UMNO Kedah masih ingat iaitu di dalam lawatan Datuk Seri Najib beberapa bulan yang lalu, beliau turut mengumumkan pembinaan rumah mampu milik dan baik pulih jeti perikanan untuk kegunaan nelayan Langkawi. Ini tidak termasuk beberapa pakej lain di dalam Bajet Rakyat 2018," jelasnya.
Astro Awani
Sun Feb 18 2018
SHAIFUL: Pengundi Langkawi tidak akan menjadikan sentimen sebagai asas memilih kerajaan pada PRU yang akan datang. - Gambar fail
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan di Empire Paradise Christian Memorial Park, Penampang pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Arwah orang yang baik, tegas dan hormat orang tua'
Jirannya, Mohd Nazri Abu Samah, 55, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham hujung tahun lalu, ketika Allahyarham pulang menziarahi keluarganya.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Lima bilik darjah musnah dalam kebakaran di SK Laka Selatan
Lima bilik darjah musnah dalam kebakaran yang berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Laka Selatan, di sini pada Ahad.
1,923 mangsa banjir ditempatkan di 16 PPS di Kedah, Perlis
Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kedah dan Perlis mencatatkan seramai 1,923 orang daripada 581 keluarga, setakat jam 11.04 malam pada Khamis.
Banjir: Penduduk Kubang Pasu diminta segera pindah ke PPS
Rondaan hari ini mendapati terdapat mangsa yang enggan berpindah ke PPS walaupun rumah mereka telah dinaiki air melebihi paras pinggang.
Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.
25 PATI dan dua tekong diberkas, cubaan masuk Malaysia ikut 'lorong tikus' gagal
Kemasukan kumpulan PATI itu telah dikesan dan diintip selepas mereka menaiki sebuah van jenis Nissan Urvan dan sebuah kereta Proton Saga pada jam 5.50 pagi.
Lelaki maut, dua kenderaan bertembung
Kenderaan yang datang dari arah Jitra menghala ke Air Hitam hilang kawalan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta mangsa.
Guna van bapa saudara seludup PATI
Cubaan lelaki berusia 35 tahun itu terbantut apabila dia ditahan polis di Kilometer 8.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Bukit Kayu Hitam.
Petani maut, dua cedera parah dalam kemalangan
Seorang petani maut manakala dua lagi cedera parah selepas dua kenderaan bertembung dalam kemalangan di Jalan Kampung Padang Gelanggang, di Ayer Hitam dekat Kubang Pasu awal pagi tadi.
Suami maut, isteri parah dirempuh kereta penyeludup ketum
Seorang lelaki maut manakala isterinya parah dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kampung Padang Gelanggang, Ayer Hitam, awal pagi Isnin.
Mangsa banjir di Kubang Pasu kembali bertambah
Sehingga jam 12 tengah malam tadi, 58 mangsa daripada 12 keluarga kembali ke PPS, meningkat berbanding 28 orang pada jam 8 malam.