Pertubuhan Ayahanda dan Anakanda Kebangsaan menyarankan supaya UMNO dan PAS bergabung.

Langkah itu sebagai permulaan ke arah memupuk persaudaraan sesama Melayu Islam.

Menurut presidennya, Datuk Suzainal Adnan Sukri, kedua-dua parti Melayu Islam itu perlu berlapang dada dengan mengenepikan perbezaan ideologi politik masing-masing.

“Pada pendapat saya memang wajarlah, sebab UMNO dan PAS menuju kepada matlamat dan hasrat yang sama.

“Kita ni seluruh NGO berharap agar satu hari nanti PAS dan BN ni bersatu,” katanya kepada media selepas menyampaikan anugerah tokoh tokoh NGO Islam kebangsaan di sini malam tadi.

Jelasnya lagi kemunculan parti politik serpihan menyebabkan ramai kalangan umat Melayu Islam berpecah dengan meletakkan kepentingan parti sehingga menjejaskan persaudaraan sesama Islam.

Tambahnya sekiranya keadaan ini berlarutan ianya merugikan ramai pihak kerana akan menjadikan masyarakat berpuak-puak