Tujuh Ahli Parlimen dari parti blok pembangkang bertegas untuk tidak bersetuju dan menyokong cadangan penukaran Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Timbalannya seperti usul yang dikemukakan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Dalam kenyataan bersama, ketujuh-tujuh Ahli Parlimen daripada PKR, Parti Amanah Negara (Amanah); DAP, Bebas, Parti Warisan Sabah (Warisan); Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) menyifatkan, jawatan tersebut harus berkecuali dan tidak terkesan dengan mana-mana pergolakan politik.
Menurut kenyataan itu, Parlimen adalah institusi penting sebagai wadah demokrasi dan membawa suara rakyat.
"Ia tidak harus dijadikan medan percaturan politik secara sewenang-wenangnya tanpa sebab munasabah."
Mereka terdiri daripada Fahmi Fadzil (PKR-Lembah Pantai), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (Amanah-Hulu Langat); Alice Lau Kiong Yieng (DAP-Lanang), Dr Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam).
Turut tersenarai Datuk Liew Vui Keong (Warisan-Batu Sapi), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran) dan Baru Bian (Selangau-PSB).
Kenyataan itu merujuk usul dicadangkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Dewan Rakyat untuk menamatkan khidmat Speaker, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan Timbalan beliau, Nga Kor Ming.
Mohamad Ariff mengesahkan telah menerima usul mencadangkan khidmatnya bersama Kor Ming ditamatkan, selari Peraturan Majlis Mesyuarat.
Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan turut mengesahkan usul itu dibawa Perdana Menteri dan diserahkan kepada Dewan Rakyat pada 26 Jun lalu.
Sementara itu, tambah kenyataan itu, Mohamad Ariff dan Kor Ming dilihat telah berkhidmat dengan penuh profesional sebagai pengelola dan timbangtara Dewan Rakyat.
"Tidak ada asas kukuh untuk menyingkirkan kedua-duanya. Sejak pelantikan Yang di-Pertua sebagai Speaker Parlimen, pelbagai reformasi dan penambahbaikan Parlimen dilancarkan secara konsisten demi memulihkan martabat institusi Parlimen.
"Langkah pembaharuan diperkenalkan untuk mempertingkatkan mutu dan memastikan ketelusan prosiding Parlimen.
"Antaranya menubuhkan enam Jawatankuasa Pilihan Khas iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang, Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet, Jawatankuasa Pilihan Khas Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri serta Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi dan Kesaksamaan Gender serta mewujudkan Kumpulan-Kumpulan Rentas Parti untuk lebih merakyatkan Parlimen," jelas kenyataan itu lagi.
Fauzi Suhaimi
Sun Jul 05 2020
Menurut kenyataan itu, Parlimen adalah institusi penting sebagai wadah demokrasi dan membawa suara rakyat. - Gambar fail/BERNAMA
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Reka bentuk PADU terbaik, selamat dan berkesan, bukan guna kaedah lapuk - DOSM
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menegaskan bahawa reka bentuk dan pembangunan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah yang terbaik, selamat serta berkesan.
It’s About YOUth: Fostering inclusion for autism
Millions worldwide live with Autism Spectrum Disorder, but misunderstanding and stigma persist. Autism Behavioural Centre’s Charlene Marie Samuel and Consultant Psychologist Katyana Azman discuss overcoming these challenges to promote greater inclusion.
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.
'Saya bukan mufti nak haramkan rokok' - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad secara berseloroh berkata, beliau bukan mufti untuk mengharamkan rokok di negara ini.