Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan tsunami Melayu yang diuar-uarkan oleh pembangkang bertujuan memusnahkan institusi Melayu yang lama bertapak di negara ini.
Pengerusi Felda itu berkata tsunami yang dimaksudkan pembangkang adalah kemusnahan dan merupakan strategi jangka panjang yang bukan sahaja disasarkan ketika Pilihanraya Umum (PRU) tetapi telah bermula sejak selepas PRU13 lagi.
Beliau berkata tsunami politik yang dirancang pembangkang sebenanrya bermula selepas PRU13 dengan serangan kepada badan institusi-institusi Melayu, badan-badan yang penting kepada orang Melayu seperti Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera dan Felda.
"Dia (pembangkang) serang Tabung Angkatan Tentera, satu institusi juga yang dekat dengan hati orang Melayu kerana ramai orang Melayu yang berkhidmat dengan angkatan tentera, (lepas tu) serang pulak Felda, buat tuduhan macam-macam kata Felda bankrap dan sebagainya.
"Mereka (pembangkang) serang badan-badan yang ada kepentingan Melayu, maknanya bahawa yang dipanggil tsunami ini bukanlah hanya pada PRU sahaja tetapi bermula secara terancang untuk menyerang dan memusnahkan keyakinan orang Melayu kepada pemerintah sedia ada dengan langkah pertama, menyerang badan atau institusi Melayu," kata beliau kepada pemberita selepas acara walkabout bertemu dengan masyarakat bandaraya ini di Larkin Sentral, di sini, hari ini.
Shahrir, yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu berkata demikian ketika mengulas mengenai strategi pembangkang yang pada mulanya dikhabarkan mahu meletak pemimpin besar menentang beliau bagi merampas kerusi Parlimen Johor Bahru.
Terdahulu, pembangkang dilaporkan yakin akan tsunami Melayu akan berlaku pada PRU14.
Shahrir yang merupakan penyandang kerusi parlimen itu bakal bertemu dengan calon PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, yang juga Ketua Cabang PKR Johor Bahru itu.
Bagaimanapun, ahli politik senior itu tidak memandang mudah lawannya yang baru berusia 32 tahun itu sebaliknya meletakkan nasibnya di tangan para pengundi Johor Bahru yang boleh menilai prestasi beliau sepanjang lima tahun beliau menjadi wakil parlimen berkenaan.
- BERNAMA
Bernama
Tue May 01 2018
SHAHRIR: Tsunami ini bukanlah hanya pada PRU sahaja tetapi bermula secara terancang untuk menyerang dan memusnahkan keyakinan orang Melayu kepada pemerintah sedia ada.
YouTube uji ciri 'tanya AI' untuk rumuskan video
Apabila butang Ask ditekan, beberapa dialog diberikan oleh chatbot dengan gambar profil seakan ikon Gemini.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah perbicaraan Trump meninggal dunia
Maxwell Azzarello didakwa menuang cecair mudah terbakar pada tubuhnya sebelum melemparkan risalah teori konspirasi ke udara.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
AWANI Ringkas: Keputusan kolektif MCA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tembak KLIA: Suspek buat pemeriksaan kesihatan mahu kerja di Arab Saudi
Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan seminggu sebelum kejadian tembakan itu berlaku.
Gaza Freedom Flotilla: Latihan antikekerasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Freedom Flotilla to Gaza: Latihan anti keganasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.