UMNO Sabah sama sekali tidak akan membiarkan mana-mana pihak cuba 'brexit' (keluarkan) negeri di bawah bayu itu dengan slogan 'Sabah for Sabahan' yang akhirnya akan menghancurkan Sabah sendiri.
Ketua Pemuda UMNO Tenom Jamawi Jaafar berkata ini kerana sebaik sahaja Sabah membentuk sebahagian daripada Malaysia 54 tahun yang lalu, kedaulatan negeri itu sudah pun terjamin di bawah Perjanjian Malaysia 1963.
Justeru, katanya, tiada keperluan negeri yang memiliki lebih 35 suku kaum itu untuk keluar dari Malaysia, hanya kerana terdapat sekumpulan individu dan pihak tertentu yang cuba membangkitkan pelbagai isu lapuk dan disebut 'bangas' (basi) oleh kebanyakan rakyat Sabah.
"Ketika ini memang kita tidak nafikan wujud anasir dan dakyah secara halus dan terang-terangan yang dibawa golongan tertentu untuk menyemarakkan kebencian kepada kerajaan Persekutuan, sebab itu ia perlu dibanteras mengikut undang-undang kerana anasir ini boleh bergerak lebih laju dengan bantuan Internet," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Brexit merujuk kepada langkah rakyat Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) melalui keputusan pungutan suara dengan andaian bahawa jika bersendirian, ekonomi Britain akan lebih kukuh dan stabil.
Malam tadi, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan perasmian ketiga-tiga sayap UMNO, memberi amaran kepada puak-puak tertentu di negeri itu yang cuba menjadi batu api dan penghasut bagi mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.
Ahmad Zahid berkata penghasut sedemikian boleh dihukum dengan hukuman yang berat dan mereka tidak kebal undang-undang.
Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkata antara isu 'bangas' yang sering dibangkitkan ialah royalti minyak untuk Sabah serta hasil bumi yang dibawa keluar dari negeri itu, kononnya digunakan untuk memajukan Semenanjung.
Ketua Wanita UMNO Sepanggar Datuk Jainab Ayid berkata rakyat Sabah seharusnya mengambil iktibar daripada kehidupan etnik Rohingya yang terpaksa menjadi pelarian dan dibuang dari negara sendiri.
"Walaupun konteksnya berbeza tapi tidak mustahil rakyat Sabah juga boleh menjadi pelarian apabila sudah keluar dari negara ini," katanya.
Jainab yang juga Anggota Exco Wanita UMNO Malaysia berkata Sabah di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional dan UMNO sudah jauh lebih baik dan mencapai kemajuan infrastruktur dalam tempoh masa singkat.
Malah, katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ahmad Zahid merupakan dua pemimpin utama negara yang tidak pernah mengabaikan Sabah dan Sarawak apatah lagi hak kedua-dua negeri itu yang sudah terkandung dalam perlembagaan negara.
Senada dengan beliau ialah Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Armani Mahirudin yang berpendapat bahawa tindakan mahu mengeluarkan Sabah dari Malaysia sebagai "cubaan bunuh diri dan kerja orang gila".
"Kalau keluar (dari Malaysia), belum pun sampai sejam atau sehari, Sabah pasti hancur," katanya dan menambah, UMNO Sabah tetap akan mempertahankan negeri itu dan akan turun padang berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira bangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2017
Jamawi berkata, anasir dan dakyah yang secara halus dan terang-terangan menyemarakkan kebencian kepada kerajaan Persekutuan perlu dibanteras mengikut undang-undang kerana ia boleh bergerak lebih laju dengan bantuan Internet. - Gambar fail
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razaruddin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.