MANA-MANA pemimpin yang terlibat dan bersubahat dengan salah guna kuasa kerajaan dahulu yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berhak untuk membuat sebarang teguran terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sedia diketahui, Dr Mahathir telah bangun menentang dakwaan korupsi Najib, UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan menghadapi pelbagai tekanan politik pada waktu itu namun beliau tidak menghiraukannya langsung demi untuk menyelamatkan Malaysia.
Tetapi pada waktu itu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan beberapa lagi pemimpin-pemimpin UMNO terus mempertahankan Najib.
Apakah individu mempunyai jati diri seperti Khaled mempunyai hak atau layak untuk menegur Dr Mahathir yang mempunyai prinsip juang begitu tinggi?
Siapakah Khaled sekiranya hendak dibandingkan prinsipnya atau jati dirinya dengan Dr Mahathir?
Sesungguhnya, perbezaan jati diri Dr Mahathir dengan Khaled bagaikan langit dengan bumi.
Khaled sendiri adalah seorang pemimpin UMNO yang tegar mempertahankan tokoh yang didakwa mempergunakan khazanah sehingga runtuhnya ekonomi negara dalam skala yang begitu mengecewakan.
Hasil perbuatan dan pengkhianatan yang begitu teruk mewariskan bebanan yang amat berat kepada Dr Mahathir serta kerajaan PH
Kini, mereka cuba menyalahkan Dr Mahathir kononnya gagal menyelesaikan pelbagai permasalahan negara yang mereka cipta.
Apapun, kita yakin Dr Mahathir boleh memulihkan dan meletakkan semula asas ekonomi negara pada landasan yang betul dalam masa tiga tahun lebih.
Tuding jari
Pada hakikatnya, Khaled jangan sama sekali menuding jari kesalahan kepada orang lain. Khaled harus menuding jari kepada dirinya sendiri kerana menjadi salah seorang individu yang bersubahat mempertahankan Najib.
Tolong jangan cepat lupa sejarah silam yang baru berlalu.
Sesungguhnya, Khaled adalah tokoh pemimpin pusat UMNO dan jauh lebih tinggi dibandingkan saya yang hanya menjadi pemimpin UMNO di peringkat akar umbi saja pada waktu itu.
Tetapi, demi perjuangan untuk menegakkan kebenaran, saya bangun pada peringkat awal dan melawan kes skandal 1MDB seorang diri.
Di mana Khaled pada waktu itu? Bukankah Khaled sendiri sudah berkata mahu bangun melawan skandal rasuah paling besar pada dekad ini?
Sejujurnya, Khaled tidak berhak untuk bercakap mengenai asas keluhuran dan prinsip mulia.
Khaled juga tidak setaraf untuk menulis surat terbuka kepada Dr Mahathir.
Jagalah parti sendiri kerana di dalam UMNO, sokongan dan kepercayaan dari ahli-ahli sudah semakin terhakis kepada kumpulan ini.
* Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah Penyelaras Parlimen Jasin.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
Sun Nov 03 2019
Khairuddin bertanya, apakah individu mempunyai jati diri seperti Khaled mempunyai hak atau layak untuk menegur Dr Mahathir yang mempunyai prinsip juang begitu tinggi? - Gambar BERNAMA
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perbicaraan kes 1MDB terpaksa ditangguh selepas Najib disahkan alami cirit-birit
Dr Mohd Hafiz berkata ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.
Pengurusan 1MDB sepatutnya lakukan usaha wajar mengenai PSI - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pengurusan 1MDB sepatutnya telah melakukan usaha wajar mengenai kewujudan PSI sebelum dana 1MDB disalurkan kepada PSI untuk tujuan usaha sama.
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.
Dana SRC AS$15 juta dipindah kepada beberapa individu termasuk anak bekas PM Mongolia
Menurut pakar penyiasatan kewangan itu penyelidikannya mendedahkan selain Battushig, Dash Uranbileg iaitu tokoh politik di Mongolia menerima AS$2 juta daripada Muraset.
AG peroleh kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil.
Perjanjian berkaitan pemulihan aset 1MDB tidak terperinci - Johari
Perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs berkaitan pemulihan aset 1MDB pada 2020, dibuat dengan tidak terperinci.