Anak muda dan "orang lama" perlu bersama untuk memperkukuh perpaduan, bukan berjuang di bawah parti yang khusus untuk mereka, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Ir Hasni Mohammad.
Menurut Menteri Besar Johor itu, penubuhan parti khusus untuk orang muda juga memberi gambaran seolah-olah golongan tersebut tidak menghormati "orang lama".
"Anak muda di Johor sudah ada saluran untuk mengetengahkan suara mereka.
"Justeru tidak perlu terikut-ikut dengan sebuah parti khusus untuk orang muda seperti yang mahu ditubuhkan oleh Ahli Parlimen Muar (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman)," katanya pada Pelancaran Jentera Pemuda BN Parlimen Sri Gading di Parit Raja di sini hari ini.
Minggu lalu, Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan dilaporkan berkata beliau tidak akan menyertai parti Pejuang yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya akan menubuhkan sebuah parti berpaksikan orang muda pelbagai kaum.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 05 2020
HASNI: Anak muda di Johor sudah ada saluran untuk mengetengahkan suara mereka. - Gambar fail/BERNAMA
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk proses bedah siasat
Kesemua 10 mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.
10 maut Helikopter bertembung di Lumut
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
Kes pecah amanah: Syed Saddiq sedia hadapi keputusan, mahu bersih nama
Keputusan kes pengubahan wang haram membabitkan dana Armada itu akan diketahui pada pagi Khamis.
Syed Saddiq dakwa peruntukan ditarik balik selepas keluar Kerajaan Perpaduan
Menurutnya, beliau mendapat pengesahan itu daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) sendiri.
'Saya bukan nak lawan Melayu' - Syed Saddiq
Menurut Syed Saddiq, generasi Melayu baharu akan membuktikan kepada semua bahawa kaum itu boleh berjaya tanpa mengetepikan bangsa lain.
Tiada lagi Toby, kucing kesayangan Syed Saddiq
Aksi dan kemesraan Toby dianggap selingan santai bagi pengikut media sosial beliau, selain pengisian serius tentang hal kerja dan politiknya.
Keputusan bela diri atau bebas Syed Saddiq pada 28 Okt
Pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan Syed Saddiq melakukan kesalahan pecah amanah kerana ia bukan elemen pertuduhan ke atasnya.
Syed Saddiq: Pendakwaan berjaya timbulkan kes prima facie
Pembelaan gagal mematahkan kes pendakwaan dan keterangan saksi-saksi kekal kukuh bagi membuktikan kesalahan tersebut.
Keputusan permohonan salinan percakapan saksi utama kes Syed Saddiq esok
Pernyataan yang dirakam oleh SPRM penting kerana wujud dua senario bercanggah yang diberikan oleh saksi pendakwaan ke-13.
SPRM tak lengah pendakwaan terhadap Syed Saddiq - Saksi
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melengah-lengahkan pendakwaan terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Syed Saddiq arah wang RM1 juta diagih sehari selepas SPRM geledah rumah - Saksi
Pegawai penyiasat SPRM Mohd Syahmeizy Sulong berkata wang yang dikeluarkan dari bank pada 6 Mac 2020 berada dalam kawalan Rafiq Hakim Razali.
SPRM tidak pernah salah guna kuasa kenakan Syed Saddiq - Pegawai penyiasat
Seorang pegawai SPRM memberitahu mahkamah bahawa agensi tersebut tidak pernah menyalahgunakan kuasanya untuk mengenakan Syed Saddiq.