Penceramah motivasi popular, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat hari ini diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi Dun Sikamat.

Beliau merupakan salah seorang daripada 19 muka baharu di Dun yang dicalonkan BN pada PRU14.

Pencalonan beliau diumumkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan semasa Majlis Penyerahan Watikah Kepada Calon-Calon BN negeri bagi PRU14 untuk Parlimen dan Dun di kediaman rasmi Menteri Besar di sini tadi.

Manakala, penyandang kerusi Parlimen Jempol yang juga bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad digugurkan dari senarai calon.


SENARAI calon BN Negeri Sembilan Untuk PRU14

P.126 Jelebu: Datuk Jalaluddin Bin Alias

N. 01 Chenah: Seet Tee Yin

N.02 Pertang: Noor Azmi Yusuf (Baru)

N.03 Sungai Lui: Mohd Razi Mohd Ali

N.04 Klawang: Baharuddin Jali (Baru)



P.127 Jempol: Datuk Mohd Salim Shariff (Baru)

N.05 Serting: Datuk Shamsul Kahar Mohd Deli

N.06 Palong: Mustafa Nagor (Baru)

N.07 Jeram Padang: L. Manikam A/L Lecuman

N.08 Bahau: Choong Wan You (Baru)



P128 Seremban: Senator Datuk Choong Sin Woon (Baru)

N.09 Lenggeng: Mazlan Maarop (Baru)

N.10 Nilai: Leaw Kok Chan (Baru)

N.11 Lobak: Lim Kok Kean (Baru)

N.12 Temiang: Siow Koi Voon (Baru)

N.13 Sikamat: Samsul Amri Ismail (Baru)

N.14 Ampangan: Datuk Abu Ubaidah Redza



P.129 Kuala Pilah: Datuk Seri Hasan Malek

N.15 Juasseh: Datuk Ismail Lasim

N.16 Seri Menanti: Datuk Abd Samad Ibrahim

N.17 Senaling: Datuk Adnan Abu Hasan

N.18 Pilah: Datuk Norhayati Omar

N.19 Johol: Saiful Yazan Sulaiman



P.130 Rasah: Ng Kean Nam

N.20 Labu: Datuk Hasim Rusdi

N.21 Bukit Kepayang: Mah Kah Yong (Baru)

N.22 Rahang: Yap Sui Moi (Baru)

N.23 Mambau: Hoi Choi Sin (Baru)

N.24 Seremban Jaya: Datuk Choong Vee Hing



P.131 Rembau: Khairy Jamaluddin

N.25 Paroi: Ghazali Wahid

N.26 Chembong: Saiful Bahari Idris

N.27 Rantau: Datuk Seri Mohamad Hasan

N.28 Kota: Awaluddin Bin Said



P.132 Port Dickson: Datuk V.S Morgan

N.29 Chuah: Datul Seri Lim Chin Sui

N.30 Lukut: Yeong Con Yu (Baru)

N.31 Bagan Pinang: Tun Hairuddin Abu Bakar

N.32 Linggi: Abd Rahman Mohd Redza

N.33 Sri Tanjung: Thinalan A/L Rojagapalu (Baru)



P.133 Tampin: Datuk Shahziman Abu Mansor

N.34 Gemas: Abd Razak Said

N.35 Gemencheh: Datuk Hisham Mohd Isa

N.36 Repah: Pui Kim Swee (Baru)