Sehari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak pernah membuat keputusan keluar daripada Pakatan Harapan (PH), satu rakaman suara yang dipercayai bekas Perdana Menteri itu pula tular di laman sosial, hari ini.
Rakaman tersebut didakwa daripada mesyuarat MPT Bersatu yang diadakan pada pukul 11 pagi, 23 Februari lalu.
Menerusi rakaman audio tersebut, lelaki berkenaan yang dipercayai Pengerusi Bersatu itu kedengaran sedang membentangkan semula intipati dan keputusan mesyuarat tersebut.
Antara keputusan itu adalah ahli MPT sebulat suara bersetuju untuk parti tersebut keluar dairpada PH pada 23 Februari.
Selain itu, lelaki itu turut menyatakan bahawa beliau tidak suka kepada DAP dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“La ni ada satu cadangan iaitu kita keluar daripada Pakatan Harapan… (dan) satu cadangan lagi yang datang daripada saya (dipercayai Dr Mahathir) ialah kita tunggu (dan) fikir dengan mendalam atau patut ikut yang lain.
“Jadi, saya nak tahu sama ada kita nak keluar sekarang ini ataupun kita nak bagi masa sedikit kerana pada saya the support from Umno is so fickle (sokongan daripada Umno adalah berubah-ubah). Kalau bagi masa sikit saja dia (Umno) nanti suka kat saya.
“Jadi, tak ada kelainan cuma saya pun tak suka kepada DAP, (dan) tak suka kepada Anwar, yang lain semua pun macam tu, tapi semua itu soal masa saja nak kita tentukan masa ataupun kita ambil tindakan hari ini,” demikian kata lelaki berkenaan dalam rakaman tersebut sebelum kedengaran suara lain bersetuju agar tindakan diambil pada hari tersebut.
Semalam, Dr Mahathir dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya memaklumkan parti Bersatu masih bersama PH, selain mendakwa keputusan membabitkan parti tersebut dibuat secara bersendirian oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, segala keputusan diambil Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu, tidak melalui parti tersebut.
Sebelum ini, satu rakaman audio yang didakwa mirip suara Muhyiddin turut tersebar di internet.
Muhyiddin pada 24 Februari lalu mengumumkan Bersatu keluar daripada PH melalui keputusan yang dibuat dalam mesyuarat khas MPT parti berkenaan sehari sebelum itu.
Pada hari sama, Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh atas alasan partinya tidak lagi bersama PH, sebelum beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Interim oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Hasimi Muhamad
Tue May 19 2020
Rakaman audio yang mula disebarkan dipercayai suara Dr Mahathir kedengaran sedang membentangkan semula intipati dan keputusan mesyuarat MPT Bersatu. - Gambar fail
Laporan interim disiapkan secepat mungkin
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan, Laporan interim berhubung nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak ketika menjalani Latihan Raptai sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 akan disediakan secepat mungkin.
KPM serah siasatan guru dipukul rakan sekerja kepada polis
Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes seorang guru lelaki dipercayai memukul rakan sekerjanya di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman, Terengganu, Ahad lepas.
Tesla guna teknologi purba untuk selesai masalah Cybertruck
Rivet ialah teknologi yang telah digunakan oleh manusia sejak Zaman Gangsa lebih 4,000 tahun yang lalu.
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil perlombongan di Tawau
Kerajaan Sabah juga telah menerima lima peratus royalti ke atas hasil jualan emas mentah berjumlah RM23.96 juta daripada lombong emas itu.
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.
Sidang Kemuncak KL20 2024 bermula hari ini
Sidang kemuncak dua hari itu bakal mendedahkan kertas tindakan KL20 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendirian Malaysia kekal tegas dalam isu Palestin - Duta Malaysia ke Turki
Pendirian Malaysia dalam isu melibatkan kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Gaza kekal tegas di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK Kuala Kubu Baharu: Presiden MIC janji turun berkempen esok - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang mengatakan MIC tidak akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Agenda reformasi kerajaan adalah tekad politik bantu rakyat - Anwar
Agenda reformasi yang dilaksanakan Kerajaan Madani merupakan tekad politik untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan.
Hubungan parti dalam Kerajaan Perpaduan tak retak, kekal kukuh - PM
Hubungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan kini adalah sangat kukuh dan mantap, dengan masing-masing sentiasa mengukuhkan hubungan tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peruntukan pembangkang: 'Kalau ikhlas, tak perlu ada MoU' - Muhyiddin
Tidak perlu ada memorandum persefahaman (MoU) jika Kerajaan Perpaduan ikhlas untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.