Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mula menerima kehadiran perwakilan dari seluruh negara.

Namun, ketibaan Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memandu sendiri ke Pusat Konvensyen Putrajaya menarik perhatian ramai.

Mana tidaknya, beliau tiba dengan berpakaian baju Melayu Johor berwarna merah dengan muka berbalut sambil kaki terhincut-hincut.

Ketika ditemui Astro AWANI, beliau memaklumkan telah mengalami kemalangan motosikal sebelum ini.

“Saya cedera sikit, jatuh,” jawabnya ringkas.



Difahamkan Syed Saddiq mengalami kemalangan motosikal beberapa hari lalu.

Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Sekurang-kurangnya 800 wakil Armada seluruh negara akan menghadiri perhimpunan yang dijangka menghimpunkan kira-kira 1,600 perwakilan.