Bekas pemimpin PKR yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau masih belum menerima surat tuntutan RM10 juta daripada parti itu.
Katanya buat masa ini beliau mengambil pendekatan menunggu sehingga surat itu sampai sebelum memutuskan tindakan seterusnya.
"Nanti apabila sampai, peguam saya akan tengok dan sudah tentu kami akan berbincang bagaimana hendak menangani isu ini," katanya kepada pemberita selepas melaksanakan ibadah korban di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Indera Mahkota 15 di sini, hari ini.
Saifuddin yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia diminta mengulas laporan media Rabu lalu yang memetik kenyataan Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung bahawa parti itu akan mengeluarkan surat tuntutan kepada 19 ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR yang keluar parti agar membayar pampasan RM10 juta masing-masing kepada parti.
Lee turut dilaporkan berkata mereka yang disenaraikan perlu membayarnya dalam tempoh tujuh hari dan jika gagal, parti akan mengarahkan peguam untuk meneruskan prosiding bersesuaian bagi mendapatkan pampasan itu.
Mengulas perkembangan lain, Saifuddin melahirkan rasa kesal terhadap tindakan ADUN Pahang daripada DAP yang memulakan prosiding mahkamah berhubung ketetapan kerajaan negeri Pahang mewajibkan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda dan iklan di negeri itu.
Beliau berpandangan walaupun setiap individu mempunyai hak untuk ke mahkamah, tindakan memulakan prosiding tersebut adalah tidak kena pada tempatnya.
"Mereka harus faham tentang kedudukan tulisan Jawi di tanah air dan kedua, mereka juga harus faham mengapa tulisan Jawi ingin dihidupkan kembali ... iaitu untuk dipopularkan kegunaannya di tempat awam," katanya.
Semalam, sebuah portal berita melaporkan ADUN Tras Chow Yu Hui menerusi peguamnya M Manogaran, Jonathan and Chong Kar Yan telah memfailkan permohonan mencabar ketetapan kerajaan negeri Pahang mewajibkan penggunaan tulisan Jawi.
Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan pada Rabu dengan menamakan Majlis Daerah Raub sebagai responden pertama manakala kerajaan negeri Pahang dinamakan sebagai responden kedua.
Kerajaan negeri Pahang mewajibkan pengunaan tulisan Jawi bermula 1 Jan lalu, selari dengan titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 13 Nov 2018 yang mahu tulisan itu diperkasakan dan dibudayakan semula.
Bernama
Fri Jul 31 2020
Saifuddin mengulas laporan media Rabu lalu yang memetik kenyataan Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung bahawa parti itu akan mengeluarkan surat tuntutan.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.