Sudah tiba waktunya, bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman memberi peluang kepada generasi baharu untuk mentadbir negeri ini.
Demikian kata Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman berhubung senario politik di Sabah menjelangnya Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Mengulas mengenai pertanyaan media, sama ada Anifah mahu menerima abangnya masuk ke parti berkenaan, beliau bagaimanapun memberi jawapan, sudah tiba waktunya memberi laluan kepada muka baharu.
"Saya fikir beliau telah melakukan yang terbaik untuk Sabah, tetapi saya berpendapat beliau (Musa) perlu bagi laluan kepada orang lain untuk ambil alih.
"Musa adalah abang saya, sudah tentu saya sayangkan dia, tapi politik berbeza di Kuala Lumpur, banyak orang-orang berbeza di sini pun (Datuk) Jefrey Kitingan dan (Tan Sri) Pairin Kitingan.
"Mereka juga berlawan, malah satu kawasan lagi, sebagai seorang rakyat Sabah, saya amat menghargai apa dilakukan Musa, tetapi saya fikir masa sudah berlalu, biar orang baharu mengambil alih," katanya.
Anifah yang juga bekas Menteri Luar itu berkata demikian dalam satu sidang media selepas majlis makan tengah hari bersama media anjuran PCS di Kota Kinabalu, pada Isnin.
Sementara itu dalam perkembangan lain, beliau berkata, PCS bersedia untuk bertanding dalam jumlah yang boleh membentuk sebuah kerajaan baharu di Sabah.
Bagaimanapun, jumlah dan pengagihan kerusi belum lagi diputuskan.
"Saya ingat yang penting untuk kita, kalaulah kita ada pilihan raya akan datang kita akan tanding sebilangan kerusi yang boleh membentuk kerajaan.
"Jadi itulah jumlah dia supaya kita boleh bentuk kerajaan, but numbers we have to think, tapi ianya kita akan bertanding di kerusi yang boleh memungkinkan kita mentadbir kerajaan negeri," katanya.
Dalam masa yang sama, Anifah turut mendedahkan ada dihubungi oleh beberapa wakil rakyat yang bertindak keluar parti pemerintah baru-baru ini, namun kesediaan pihaknya menerima mereka belum lagi mencapai kata putus.
"Tidak juga bilang tidak terima, kita kena hormat juga, tapi kita akan nilai," katanya.
Untuk rekod, PCS merupakan parti tempatan telah ditubuhkan sejak 2013 dan di jenamakan semula baru-baru ini dengan Anifah dilantik sebagai Presiden manakala bekas Presidennya sebelum ini, Datuk Seri Wilfred Bumburing kini selaku Timbalan Presiden.
Perjuangan parti berkenaan adalah berkait rapat mengenai perihal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan juga isu-isu setempat
Ruzaini Zulkepli
Mon Aug 10 2020
Anifah: "Saya fikir beliau telah melakukan yang terbaik untuk Sabah, tetapi saya berpendapat beliau (Musa) perlu bagi laluan kepada orang lain untuk ambil alih." - Foto Astro AWANI
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.
Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.
Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.
Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.
Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.
16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.
Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.
PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.
PRU15: Pertembungan dengan Daud Yusof ibarat 'rematch' - Mohamad Alamin
Mohamad menang PRK Kimanis pada Januari 2020 dengan majoriti lebih 2,000 undi menewaskan calon Warisan, Datuk Karim Bujang.