Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan menjadi penentu kepada nasib negara ini dan akan meletakkan UMNO di satu persimpangan pemutus.
Tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) dan PRU-14 bukan hanya demi UMNO dan Barisan Nasional tetapi misi yang lebih besar adalah menentukan masa depan umat serta negara secara keseluruhan.
Lima seruan penentu kemenangan PRU-14
Justeru beliau menggariskan lima seruan dan semboyan penentu kemenangan pada PRU-14.
Datuk Seri Najib berkata, paling penting ahli perlu menguatkan azam, menggantung tekad tinggi dan mara ke medan juang menuju kemenangan pada pilihanraya kelak.
"Pertama bergeraklah sebagai satu pasukan. Ertinya, kali ini, untuk mempastikan kemenangan besar, jangan teragak-agak lagi, kita mesti bergerak dalam saf yang padu, jemaah yang kukuh dan
ketumbukan yang jitu.
"Kata orang, tiada air orang tayamum, tayamum itu debu dan tanah, ketua memimpin ahlinya makmum, Barulah UMNO mendapat berkah," katanya pada ucapan dasar Presiden UMNO di sini hari ini.
Datuk Seri Najib turut mengingatkan sayap UMNO untuk bekerja keras pada PRU akan datang.
'Kepada semua Wanita UMNO, yang bukan lagi sekadar tulang belakang parti, bahkan, kini turut bergelar Ibu Terbaik Bangsa. Kepada Wanita UMNO khususnya, berbekalkan semangat wanita sebagai wirawati bangsa ini, turunlah padang dekatilah rakyat, seraya gempurlah kubu pihak lawan dan perang mesti menang.
"Kepada Pemuda UMNO pula, berpencaklah dengan berani, sebagai perwira harapan parti dan bangsa dan tawanlah hati pengundi baharu, berbekal semangat kejayaan sebagai Juara Keseluruhan Temasya Sukan SEA Ke-29, junjunglah obor kecemerlangan itu, sehingga kita menang besar di Pilihanraya Umum Ke-14 nanti.
"Selanjutnya, kepada Puteri UMNO, sebagai sayap paling bongsu dan taat kepada parti, usahlah segan, gentar dan bimbang, gerakkanlah Skuad Puteri Peduli, demi menawan hati masyarakat, mengundi UMNO dan Barisan Nasional," jelasnya.
Dalam pada itu, kata Datuk Seri Najib, UMNO perlu bergerak dengan penuh keyakinan dan sentiasa yakin berada di landasan betul.
"Maknanya, kepada semua ahli UMNO dan Barisan Nasional, dengan idealisme dan semangat setiakawan serta kekeluargaan yang tidak boleh terpisahkan lagi, bagai rambut tersimpul mati.
"Atas semangat itu, pahatkan wala’ yang sepenuhnya, ukirkan taat setia dan patuh kepada segala arahan pucuk pimpinan. Pabila sudah ada calon yang dikenal pasti, janganlah diboikot dan disabotaj, tapi tumpahkanlah taat setia serta sokongan yang tidak berbelah bagi.
"Bergeraklah, dengan winning mentality, tanpa rasa takut dan gentar, jangan ragu-ragu lagi bagi memenangi pilihanraya ini," katanya.
Tegasnya, UMNO perlu bertindak dengan pantas dan menyelesaikan cabaran yang dihadapi secara syura dan dalam semangat kekeluargaan.
"Justeru, sesekali jangan kita patah semangat dipukul badai perjuangan. Kalau sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkalnya.
"Berundinglah dalam semangat syura dengan penuh hemah dan berhikmah, kerana dalam syura itu Allah menjanjikan berkatnya," ujarnya.
Datuk Seri Najib turut mahu UMNO bertempur dan bertarung di alam siber dan dunia digital sebagai pejuang siber.
"Sebabnya, perang sebenar di pilihanraya kali ini adalah peperangan di alam siber dan dunia digital.
"Kalau kita gagal menguasai dunia siber dan digital ini, maka apa yang kita usahakan selama ini, mungkin menjadi sia-sia.
"Saya pasti setiap orang mempunyai ‘alat’ seumpama ini. Oleh itu, gunakanlah ia sebaiknya.
"Jangan diharap hanya kepada kelompok-kelompok tertentu sahaja, kerana sesungguhnya, kita lebih tiga
juta ahli UMNO atau lebih tujuh juta ahli Barisan Nasional, setiap seorang adalah pejuang siber yang sebenarnya," jelasnya.
Beliau juga meminta ahli UMNO bertarung dengan semangat juang dan tekad yang tinggi dan berserah selepas berbuat sehabis baik.
"Maka itu, kepada semua ahli dan jentera parti UMNO serta Barisan Nasional, misi kita adalah satu, haluan besar kita juga adalah satu, kekalkan UMNO dan Barisan Nasional sebagai parti pilihan utama rakyat kerana UMNO pelaksana wasiat pusaka dan harapan sejati negara," katanya.
Wan Syamsul Amly, Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Thu Dec 07 2017
NAJIB: Untuk mempastikan kemenangan besar, jangan teragak-agak lagi, kita mesti bergerak dalam saf yang padu, jemaah yang kukuh dan ketumbukan yang jitu. - foto AstroAWANI/SHAHIR OMAR
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
YouTube uji ciri 'tanya AI' untuk rumuskan video
Apabila butang Ask ditekan, beberapa dialog diberikan oleh chatbot dengan gambar profil seakan ikon Gemini.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah perbicaraan Trump meninggal dunia
Maxwell Azzarello didakwa menuang cecair mudah terbakar pada tubuhnya sebelum melemparkan risalah teori konspirasi ke udara.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
AWANI Ringkas: Keputusan kolektif MCA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.