PILIHAN Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai akan diadakan pada 16 November berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Mohd Farid Md Rafik.
Dr Mohd Farid yang bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) merampas kerusi tersebut daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti tipis, 524 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.
PRK itu akan menyaksikan pertembungan enam penjuru membabitkan calon PH, BN, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (Berjasa) dan dua calon Bebas.
Namun, pertembungan hebat dikatakan hanya antara calon PH, selaku parti memerintah dan BN, selaku parti pembangkang.
PH diwakili Karmaine Sardini, 66 tahun yang merupakan Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai. Beliau juga merupakan tokoh agama yang pernah berkhidmat sebagai Imam di Masjid Al-Muttaqin Johor Bahru.
Beliau juga pernah bertanding di kerusi Parlimen Pontian, Johor pada PRU ke-14 tetapi kalah kepada calon BN dengan perbezaan undi tipis iaitu 833.
Sementara BN pula diwakili Datuk Seri Wee Jeck Seng, 55 tahun yang merupakan Ketua Bahagian MCA Tanjung Piai malah bepengalaman menjadi wakil rakyat Tanjung Piai selama dua penggal sebelum tewas pada PRU ke-14 dengan majoriti tipis. Jadi, pertembungan ini adalah antara ketua bahagian yang mewakili kedua-dua parti utama dalam negara.
Selain itu, calon daripada parti Gerakan iaitu bekas komponen BN yang keluar gabungan itu sejurus kekalahan teruk pada PRU ke-14, Wendy Subramanian, 38 tahun turut memasuki gelanggang kali ini kononnya sebagai kuasa ketiga.
Sementara, seorang lagi calon yang turun gelanggang kononnya mewakili platform Melayu - Islam adalah daripada Berjasa, Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz, 55 tahun.
Manakala, dua lagi calon bebas yang memasuki gelanggang adalah Faridah Aryani Abdul Ghaffar, 43 tahun dan Dr Ang Chun Lok, 49 tahun.
Kedua-dua calon ini memasuki gelanggang untuk pertama kalinya mencuba nasib bagi menawan kerusi Tanjung Piai.
Dr Ang terkenal di DUN Kukup sebagai pengusaha kelas tuisyen manakala Faridah pula adalah muka baru malah dilaporkan bidan terjun mengganti pengasas Big Blue Taxi pada saat akhir kononnya untuk membela nasib golongan B40.
Mood pengundi
Dalam pada itu, jumlah pengundi berdaftar yang layak mengundi pada PRK ini adalah seramai 52,698 pengundi biasa dan 280 pengundi awal.
Dari segi komposisi kaum, jumlah pengundi Melayu adalah 58 peraatus, Cina 41 peratus dan India, satu peratus.
Jumlah pengundi Melayu dan Cina adalah hampir seimbang dalam kawasan ini.
Namun, kerusi Parlimen P.165 Tanjung Piai umumnya dianggap sebagai kubu kuat BN kerana calonnya adalah daripada parti komponan MCA dan meraih sokongan hebat daripada pengundi Melayu.
Malah, pola pengundian dalam kedua-dua kawasan DUN dalam Parlimen Tanjung Piai iaitu N.55 Pekan Nenas dan N.56 Kukup menunjukkan BN meraih sokongan daripada sebahagian besar pengundi Melayu manakala DAP atau PKR pula mempengaruhi sebahagian besar pengundi Cina.
Analisa keputusan PRU Parlimen Tanjung Piai lepas juga menunjukkan calon BN daripada MCA berjaya mengekalkan sokongannya sekitar 20,000 undi sejak kerusi itu dipertandingkan.
Malah, calon BN daripada MCA meraih hampir 20 sehingga 30 peratus sokongan pengundi Cina dan 60 sehingga 70 peratus pengundi Melayu keluar mengundi pada PRU ke-14.
Dalam pada itu, perasaan atau mood semasa pengundi Tanjung Piai kelihatan tidak seperti yang terdapat ketika PRU ke-14.
Mereka kini kelihatan bingung malah keliru dan dikesan tidak terperdaya dengan pelbagai taktik yang digunakan oleh calon-calon yang bertanding, malah manifesto PRK yang bakal diedarkan oleh parti-parti bertanding, termasuk peruntukan berjuta-juta ringgit yang diluluskan kerajaan PH untuk pembangunan kawasan ini kerana isu-isu pembangunan dikesan kurang menarik perhatian pengundi pada kali ini.
Di sebaliknya, persepsi yang melibatkan isu-isu berkaitan kaum dan agama meredupkan pemikiran malah lebih mempengaruhi minda mereka.
PRK ini merupakan yang pertama diadakan pasca Piagam Kemuafakan Nasional. Pengundi Melayu, termasuk penyokong Pas, dijangka menyokong calon BN daripada MCA atas dasar keiklasan dan setia dalam menepati semangat kerjasama yang tersurat dan tersirat dalam Piagam Kemuafakatan Nasional yang didakwa bersifat inklusif.
Memandangkan kerusi Tanjung Piai terletak dalam negeri pentadbiran kerajaan PH, malah negeri asal Presiden Bersatu , Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, maka sudah pasti calon PH, yang mewakili parti Bersatu, mempunyai kelebihan berbanding calon BN.
Namun, tinjauan sepintas lalu di kawasan Tanjung Piai menunjukkan kempen daripada calon PH amat berkurangan malah mereka yang hadir untuk ceramah-ceramah PH juga amat berkurang berbanding BN.
Sebahagian besar pengundi Melayu didapati konsisten dalam sokongan mereka iaitu lebih menyokong calon BN, manakala terdapat perubahan dalam kecenderungan pengundi Cina.
Sebahagian pengundi Cina yang menyokong PH pada PRU ke-14 kini mengalih sokongannya kepada Jeck Seng atas sebab-sebab tertentu.
Sementara pengundi India pula, walaupun jumlahnya kecil iaitu hanya 538 pengundi ( satu peratus), sebahagian besar mereka akan mengundi calon BN kerana kekecewaan dengan kerajaan PH yang gagal menepati janji-janji seperti terkandung dalam Manifesto PH pada PRU ke-14.
Malah, faktor MIC di bawah kepimpinan Tan Sri S A. Vignewswaran yang meraih sokongan masyarakat India kini juga akan mendorong pengundi India Tanjung Piai untuk mengundi calon BN.
Apapun, kempen PRK di Tanjung Piai jelas menunjukkan PH sukar mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Piai kali ini.
Manakala, Piagam Kemuafakatan Nasional yang memikat UMNO-Pas-MIC-MCA dalam satu gabungan yang inklusif akan membantu BN menawan semula kerusi tersebut.
Sekiranya Jeck Seng yang pernah dipilih sebagai wakil rakyat Tanjung Piai (2008 sehingga 2018) mampu meraih 30 peratus sokongan pengundi Cina dan 70 peratus pengundi Melayu seperti yang diperolehi pada PRU ke-14, maka Jeck Seng berpeluang menang dengan majoriti besar pada PRK ini.
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI
Datuk M Periasamy
Thu Nov 07 2019
Pemasangan bendera di sekitar kawasan Parlimen Tanjung Piai ketika tinjauan di Serkat. - Foto BERNAMA
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ketidaktentuan pasaran global: Impak & Strategi Pelaburan di Malaysia
S&P 500 ditutup lebih rendah untuk tiga minggu berturut-turut, manakala Nasdaq yang terdiri daripada teknologi jatuh untuk minggu keempat berturut-turut. Bagaimana impak ketidaktentuan pasaran global memberi kesan kepada pasaran saham di Malaysia?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Akaun 3 KWSP: Tingkat literasi kewangan, depani krisis persaraan
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkongsi pandangan beliau berkenaan pelaksanaan Akaun 3 KWSP serta bagaimana pentingnya literasi kewangan dalam mendepani krisis persaraan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
Adira, Datuk Red bercerai talak satu
Rumah tangga Adira berakhir selepas suaminya, Adnan Abu melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.
AWANI Pagi: Pembedahan aestetik - Mahu cantik tapi selamat
Trend untuk melakukan pembedahan plastik secara pantas, ringkas dan murah melalui individu tidak bertauliah adalah sangat merisaukan.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).