Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bermula hari ini dengan proses penamaan calon pada pukul 9 pagi.
Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini menjadi lokasi pusat penamaan calon bagi PRK kesembilan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lepas.
Pada PRK kali ini, Pakatan Harapan (PH) telah mengumumkan Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66, sebagai calonnya untuk mempertahankan kerusi tersebut manakala Barisan Nasional (BN) pula akan mempertaruhkan bekas penyandang kerusi itu, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, 55, sebagai 'ayam tambatan' mereka.
Selain dua parti ini, turut dijangka mengetengahkan calonnya adalah Gerakan, bekas parti komponen BN, yang telah mengumumkan untuk keluar parti sejurus kekalahan BN pada PRU14.
Calon pilihan Gerakan ialah seorang peguam dan akauntan bertauliah yang juga Timbalan Setiausaha Agung Nasional dan Naib Ketua Wanita Nasional parti itu, Wendy Subramaniam, 38.
Di samping tiga parti itu, PRK kali ini juga nampaknya menarik kerana Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) juga sudah mengesahkan semalam untuk meletakkan calon iaitu Presidennya sendiri, Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz.
Turut dijangka bertanding adalah seorang calon Bebas yang mewakili Gabungan Teksi Semalaysia (GTSM) Datuk Shamsubahrin Ismail.
Tempoh pencalonan adalah selama sejam, diikuti dengan pengumuman senarai calon yang akan bertanding oleh pegawai pengurus pilihan raya, Zulkifly Mohd Tahir kira-kira 11 pagi.
Sehingga semalam, sebanyak 27 set borang pencalonan telah dijual oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada parti-parti utama dan individu.
PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr. Md Farid Md Rafik, 42, daripada Bersatu yang mewakili PH pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.
Pada PRU14 Mei tahun lepas, Allahyarham Dr Md Farid memenangi kerusi itu dalam pertandingan tiga penjuru dengan memperoleh 21,254 undi menewaskan Wee (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS) dengan majoriti 524 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 01 2019
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bermula hari ini dengan proses penamaan calon pada pukul 9 pagi. -Gambar fail
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Gempur: Masalah lambakan kereta usang membelenggu penduduk
Lambakan kereta tersadai di kawasan flat Sri Pantai menyebabkan penduduk berdepan masalah kekurangan parkir. Ada yang sudah berbulan malah ada yang bertahun tersadai sehingga menyebabkan kesesakan di kawasan parkir. Walaupun beberapa kali pihak berkuasa menunda kenderaan, tetapi masalah ini terus berulang.
Ramai serbu Jalan TAR tapi belum cukup meriah
Saban tahun, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) meriah tatkala menghampiri Hari Raya Aidilfitri namun tahun ini, selepas lebih dua minggu Ramadan, suasananya masih belum cukup meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Kerajaan digesa buat semakan undang-undang atasi 'lanun digital'
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu mereka bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Tambahan 300 kaunter fizikal seluruh negara
DOSM menambah 300 kaunter PADU secara fizikal di seluruh negara.
[INFOGRAFIK] Sistem e-Dereg
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan Sistem e-Dereg. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Dialog Tiga Penjuru: Dah Daftar PADU?
Apa cara nak yakinkan dan beri jaminan kepada orang ramai berkaitan pendaftaran PADU adalah selamat daripada ancaman serangan siber?
Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi memperkukuh kawalan keselamatan data peribadi, mencukupi?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi memperkukuh kawalan keselamatan data peribadi, mencukupi?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
PRK Tanjung Piai bermula dengan penamaan calon pukul 9 pagi
Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini menjadi lokasi pusat penamaan calon bagi PRK kesembilan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lepas.