Selepas dua dekad berjuang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin hampir dengan hasratnya untuk duduk di kerusi perdana menteri.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson menjadi medan pertempuran terakhir buat bekas timbalan perdana menteri itu untuk memegang tampuk pemerintahan negara.
PRK Port Dickson bakal diadakan pada 13 Oktober manakala hari penamaan calon adalah pada Sabtu, 29 September dan hari pengundian awal 9 Oktober.
Tempoh berkempen berlangsung selama 14 hari.
Setakat ini hanya nama Anwar dan calon bebas Stevie Chan diuar-uar bertanding di kerusi P132 itu.
Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk bertanding tetapi masih belum mencapai keputusan bagi meletakkan nama calon.
Selepas UMNO, Barisan Nasional (BN) dan PAS umum mereka tidak akan bertanding di kerusi itu, PRK ini tidak lagi dilihat sebagai satu acara yang ditunggu-tunggu kerana tiada persaingan sengit dijangka akan berlaku.
Namun, jika melihat kepada sejarah dan landskap politik negara, apa-apa sahaja boleh berlaku pada bila-bila masa, apatah lagi calon utama PRK Port Dickson ini adalah bakal perdana menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan.
Laluan mudah
Keputusan UMNO, BN dan PAS untuk tidak bertanding pada PRK ini dilihat seperti disengajakan kerana ingin memberi laluan mudah kepada Anwar.
Penganalisis politik Universiti Malaya Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat UMNO, BN dan PAS mengharapkan hubungan baik dengan Pakatan Harapan (PH) apabila Anwar menjadi perdana Menteri nanti.
“Di bawah pimpinan Dr Mahathir, UMNO dan PAS dilihat seperti tidak mempunyai harapan untuk menjalinkan hubungan atau berbincang dengan PH.
“Jadi mereka ingin beri laluan mudah kepada Anwar supaya hubungan boleh terjalin antara PH, UMNO dan PAS selepas Dr Mahathir bukan lagi perdana menteri,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Selain itu, Azman berpendapat UMNO juga sedar bahawa parti itu tiada peluang untuk menang dalam PRK ini serta mahu mengelak daripada membazir wang parti untuk tujuan kempen.
“Lagipun, tiada satu pun pemimpin terkemuka dari UMNO atau PAS mahu menawar diri melawan Anwar kerana mereka sudah tahu mereka akan kalah, jadi buat apa nak hantar calon bertanding,” katanya.
Anwar berpotensi kalah?
Menurut Azman, agak sukar untuk Anwar kalah pada PRK ini kerana bakal presiden PKR itu bukan calang-calang, kecuali timbul masalah teknikal pada saat akhir.
“Contohnya seperti terlupa bawa kad pengenalan atau macam-macam lagi. Kita tidak boleh duga apa yang akan berlaku kerana kita pernah lihat perkara-perkara kecil beginilah yang menyebabkan seseorang itu tidak boleh bertanding.
“Tapi nampaknya Anwar pasti akan menang. Kalau beliau tidak menang sekarang pun, beliau akan bertanding pada PRK lain pula,” katanya.
Anwar tidak gopoh
Walaupun Anwar dijangka menang selesa pada PRK ini, namun bekas timbalan presiden UMNO itu tetap akan berdepan dengan pelbagai isu dan tentangan.
Ini terutamanya oleh beberapa aktivis sosial seperti Datuk Ambiga Sreenevasan dan Siti Kassim serta badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) yang sebelum ini menentang keras keputusan Anwar untuk bertanding.
Rasional mereka adalah mengosongkan kerusi Parlimen semata-mata untuk merealisasikan cita-cita politik seseorang adalah satu sikap yang mementingkan diri selain menyebabkan pembaziran wang.
“Mereka ini akan membuat kenyataan menyuruh pengundi menolak Anwar. Ini terjadi kerana mereka beranggapan Anwar tergopoh-gopoh mahu bertanding.
“Tetapi sebenarnya Anwar tidak tergopoh-gopoh kerana suka atau tidak, proses ini perlu dilalui kerana sudah ada perjanjian untuk Anwar menjadi perdana menteri selepas ini.
“Lebih baik Anwar bertanding sekarang dan mulakan tugas sebagai Ahli Parlimen secepat mungkin daripada menunggu setahun dari sekarang,” kata Azman.
Pengundi PD untung dapat Anwar?
Kehadiran Anwar di Port Dickson dilihat dapat memberi keuntungan besar buat pengundi-pengundi di sini.
Ramai beranggapan sekiranya Anwar menjadi perdana menteri nanti, Port Dickson berpotensi tinggi mendapat banyak pembangunan sekali gus, mengubah wajah Parlimen itu.
Namun, menurut Azman, Port Dickson tidak akan mendapat pembangunan skala besar seperti yang diharapkan kerana tugas perdana menteri adalah untuk menjaga seluruh negara, bukannya kawasan Parlimennya sahaja.
“Kubang Pasu dulu mendapat Ahli Parlimen yang juga perdana menteri (Dr Mahathir) selama 22 tahun. Walaupun ada pembangunan, universiti dan sebagainya di situ, Kubang Pasu masih tidak dikira sebagai kawasan yang moden atau mempunyai pembangunan pesat.
“Sama seperti Kepala Batas yang dulu dipegang Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Pekan yang dipegang oleh Datuk Seri Najib Razak.
“Tiada jaminan bahawa Port Dickson akan menjadi maju dengan pembangunan pesat seperti Kuala Lumpur,” katanya lagi.
Arfa Yunus
Wed Sep 26 2018
Parlimen Port Dickson terbahagi kepada lima Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Chuah, Lukut, Bagan Pinang, Linggi dan Sri Tanjung
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Reka bentuk PADU terbaik, selamat dan berkesan, bukan guna kaedah lapuk - DOSM
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menegaskan bahawa reka bentuk dan pembangunan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah yang terbaik, selamat serta berkesan.
It’s About YOUth: Fostering inclusion for autism
Millions worldwide live with Autism Spectrum Disorder, but misunderstanding and stigma persist. Autism Behavioural Centre’s Charlene Marie Samuel and Consultant Psychologist Katyana Azman discuss overcoming these challenges to promote greater inclusion.
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Pengampunan Najib: Ambiga gesa PH diam, berhenti cakap mengenai perjuangan lawan rasuah
Datuk Ambiga Sreenevasan menggesa Pakatan Harapan (PH) untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan susulan pengumuman Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tiga wanita rakyat Malaysia tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024
Tiga wanita rakyat Malaysia tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024 yang menampilkan 50 wanita di seluruh Asia Pasifik.
Pembaharuan institusi: G25 gesa kerajaan keluar laporan IRC
Kumpulan Bekas Penjawat Awam Kanan (G25) menggesa kerajaan supaya mengeluarkan laporan dibuat Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) yang ditubuhkan pada tahun 2018.
Penubuhan majlis musyawarah sementara penting untuk negara - Ambiga
Ambiga menyeru agar semua pihak agar dapat bersama membantu usaha ini dan melakukan yang terbaik demi negara.
Keputusan mengenai 18 belia cabar penangguhan laksana Undi 18 pada 17 Jun
Anak muda yang mewakili gerakan Undi 18 itu memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman dan menamakan Perdana Menteri, kerajaan serta SPR selaku responden.
Pendaftaran belum diluluskan, Muda heret JPPM ke mahkamah
Muda yang diasaskan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu melantik Tommy Thomas dan Ambiga Sreenevasan.
Belum dapat tentukan bila Indira akan disatukan dengan anak perempuannya - Bukit Aman
Wanita itu berharap dapat disatukan dengan anak perempuannya itu menjelang Deepavali tahun ini.
'Jangan adakan pilihan raya kerana ia libatkan kos yang tinggi!' - Ambiga
Menurut bekas Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan, sentimen rakyat terhadap keperluan untuk mengadakan pilihan raya perlu diambil kira.
PRK Port Dickson: Menang mudah atau mungkin kalah? Ini apa kita boleh jangka
Selepas dua dekad berjuang untuk duduk di kerusi perdana menteri, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin hampir dengan hasratnya itu.
NGO serah memorandum 1MDB kepada JPM
Beberapa kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat sivil, menggesa tindakan segera mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui satu memorandum bersama.