PERHIMPUNAN Agung MIC ke-73 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre (PWTC) pada 24 sehingga 25 Ogos kali ini disertai lebih 2,000 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara.
Ia dirasmikan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Selain itu, ia turut dihadiri pemimpin-pemimpin parti gabungan BN juga pemimpin utama parti Pas buat kali pertama.
Para perwakilan membincang dan membahas pelbagai isu termasuk ekonomi, sosial dan politik yang melibatkan komuniti India, terutamanya isu pengenalan ‘seni khat’ di sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan juga ucapan serta kenyataan pendakwah Islam, Dr Zakir Naik yang hangat dibincang dalam kalangan masyarakat India kebelakangan ini.
Walaupun isu pengajaran seni khat telah diselesaikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan bijak, terdapat juga beberapa NGO yang mewakili kepentingan kaum India menganjurkan perhimpunan aman bertema ‘Say No to Khat’ di Kuala Lumpur pada Jumaat lepas untuk menunjukkan bantahan mereka kepada pelaksanaan pengajaran seni khat di sekolah Tamil.
Pada masa yang sama, perhimpunan aman untuk menzahirkan perasaan tidak puas hati terhadap Dr Zakir dilapor dibatalkan oleh kerana tidak dapat kelulusan polis.
Dalam hal pengenalan mata pelajaran seni khat, masyarakat India perlu berlapang dada mengambil kira keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Isu hangat
Kerajaan PH telah membuat keputusan melarang Dr Zakir berucap di tempat-tempat awam terutamanya ucapan mengaitkan lain-lain agama.
Dalam pada itu, walaupun pelbagai alasan diberikan oleh pelbagai kumpulan yang berkepentingan agama Islam, termasuk Pas, isu ucapan Dr Zakir tetap menjadi polemik dalam kalangan rakyat negara ini.
Isu mengenai Dr Zakir masih menjadi perbincangan hangat, malah saban hari ditular di media sosial.
Jadi, Kerajaan PH hendaklah berhemah dalam mengurus isu ini supaya tiada pihak yang merasa mereka tidak mendapat keadilan.
Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Dr Zakir diberikan status penduduk tetap (Permanent Residence atau PR), tetapi penceramah itu telah melintas garisan dengan kenyataan yang berbau politik serta perkauman.
Ucapan Dr Zakir didakwa menimbulkan perasaan tidak senang hati dalam kalangan sebahagian besar masyarakat bukan Melayu, terutamanya warga India dan Cina dalam negara.
Pelbagai pihak yang berpengaruh terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik yang menganggotai kerajaan memerintah dan pembangkang juga menzahirkan pendapat senada dengan Dr Mahathir.
Malahan, mereka mengesa agar kerajaan PH menarik balik status PR Dr Zakir. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga melahirkan pendapat bahawa ucapan Dr Zakir mampu merosakkan perpaduan antara kaum.
Sehubungan itu, perlu dijelaskan bahawa warga bukan Islam tidak membantah atau kisah jika Dr Zakir berdakwah mengukuhkan dan menyebarkan syiar Islam dengan bebas sesuai dengan peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan di Malaysia.
Tetapi, warga bukan Islam didapati terguris hati apabila Dr Zakir menyentuh tentang agama Hindu malah membuat perbandingan antara agama Islam dan Hindu yang dilihat kurang tepat.
Malah, ada pakar agama Hindu berpendapat bahawa asas-asas perbandingan antara agama yang dibuat oleh Dr Zakir bukan sahaja kurang tepat malah menyeleweng.
Tambahan pula, Dr Zakir mempersoalkan hak-hak legitimasi kaum India dan Cina yang jelas terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Jadi, sebahagian besar kaum bukan Islam berpendapat ucapan dan kenyataan Dr Zakir akan mengundang kacau-bilau malah meretakkan dan merenggang hubungan baik antara kaum yang terjalin selama ini.
Memandangkan gejala penularan sentimen benci-membenci dan perasaan permusuhan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum akibat terpengaruh dengan ucapan-ucapan daripada orang yang berpengaruh, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah baru-baru ini bertitah bahawa perbuatan menyuntik minda dengan racun kebencian dan menyemai jiwa dengan semangat permusuhan amat membahayakan, apatah lagi apabila ia dilakukan atas nama kaum dan agama.
Apapun, memandangkan suhu politik semasa masih hangat terhadap pelbagai isu, terutamanya isu Dr Zakir, perwakilan MIC pada kali ini perlu berhati-hati, bijak dan berhemah dalam hujah dan perbahasan mereka agar tidak timbul masalah baru di kalangan rakyat berbilang kaum.
Para perwakilan hendaklah memastikan hujah-hujah mereka tidak menyentuh perkara-perkara yang melibatkan isu sensitif kaum.
Perhimpunan signifikan
Memandangkan Senator Tan Sri S. Vigneswaran, dilantik sebagai presiden MIC yang ke-10 pada tahun 2018, Perhimpunan MIC ke-73 kali ini merupakan perhimpunan yang signifikan kerana inilah perhimpunan agung yang pertama kali diadakan di bawah kepimpinannya.
Ucapan dasar presiden dijangka menarik perhatian para perwakilan dengan menyentuh hala tuju atau kompas perjalanan MIC pada masa hadapan.
S.Vigneswaran, selaku presiden MIC yang berpengalaman dan berwawasan juga dijangka mengupas pelbagai isu yang melibatkan kepentingan komuniti India, termasuk isu politik, terutamanya kerjasama MIC dengan Pas dan lain-lain isu termasuk cabaran, harapan, strategi dan pelan tindakan jangka pendek serta panjang untuk menguatkan MIC menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke-15 (PRU15) .
Apapun, kebolehan S.Vigneswaran pasti mampu mempengaruhi dan menawan minda juga hati sebahagian besar perwakilan terutamnaya golongan muda yang menyertai Perhimpunan Agung MIC pada kali ini.
MIC di bawah kepimpinan S,Vigneswaran mampu bangkit dan melakar semula sejarah kegemilangan MIC seperti sebelum ini.
Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India
Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI
Datuk M Periasamy
Sun Aug 25 2019
Perhimpunan Agung MIC kali ini turut dihadiri pemimpin-pemimpin parti gabungan BN selain pemimpin-pemimpin utama parti Pas buat pertama kalinya. - Gambar Astro AWANI
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.