Rancangan penubuhan kerajaan campuran oleh pemimpin parti UMNO hanya fantasi yang sengaja direka Ahli Majlis Tertinggi parti itu, Datuk Lokman Noor Adam.

Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobiliti PH, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, ia seumpama impian tidak kesampaian kerana rakyat sudah menolak Barisan Nasional (BN) dan UMNO secara total pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Budak otak udang lokman adam ingat parti PPBM bertanding atas dasar seorang diri dalam pru14??

"Untuk pengetahuan Lokman, walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya mendapat 13 kerusi pada PRU lepas, secara keseluruhan parti-parti di bawah Pakatan Harapan (PH) menang melebihi jumlah kerusi yang diperoleh BN.

"Jadi bagaimana hendak menubuhkan kerajaan campuran? Mereka sudah dikenali dunia sebagai kerajaan kleptokrasi.

"Bukan sahaja rakyat tempatan menolak BN melalui proses demokrasi tetapi pada waktu itu, dunia juga turut mengutuk kerajaan kleptokrasi Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

BACA: Lokman Adam dedah rancangan tubuh kerajaan campuran

BACA:
Setuju kerajaan campuran tapi ikut syarat Pas

Lokman sebelum ini mengakui, memang ada rancangan untuk menubuhkan kerajaan campuran oleh pemimpin-pemimpin parti itu selepas tewas pada PRU, 9 Mei lalu.

Bagaimanapun, katanya rancangan tersebut gagal disebabkan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendesak Najib untuk meletak jawatan sebagai Presiden UMNO.

Dalam pada itu Khairuddin yang juga penyelaras Parlimen Jasin menegaskan, Pas juga dilihat tidak sanggup bersama BN untuk mewujudkan kerajaan campuran.

"Lihat sahaja Pas hari ini juga takut terpalit dengan imej buruk UMNO serta BN. Malahan, Pas pun sedang menjauhkan diri dari mereka.

"Jadi siapa yang hendak bergabung dengan UMNO dan BN bagi menubuhkan kerajaan campuran? Jangan hendak pertahankan bekas perdana menteri kleptokrasi itu.

"Bukan kerana Khairy yang mendesak Najib berundur sebagai Presiden UMNO tetapi pokoknya majoriti rakyat Malaysia sudah menolak Najib dengan sekutunya pada PRU lepas," jelasnya.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong sebelum ini dilaporkan berkata, kenyataan Lokman itu seolah-olah menggambarkan bahawa kerajaan BN sebelum ini mempunyai rancangan untuk mengisytihar darurat selepas kalah pada PRU lalu.