Pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengenai pemimpin pembangkang akan merebut jawatan Perdana Menteri mempunyai asas yang kukuh.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata sebenarnya DAP yang menjadi parti utama berdasarkan kelebihan kerusi Parlimen dan bukan parti-parti lain, walaupun diura-urakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang memimpin Pakatan Harapan.
"Janganlah terpengaruh jawatan Perdana Menteri akan dengan mudah menjadi milik pengerusi PPBM yang juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali memerintah.
"Saya lihat UMNO sebagai parti teras Barisan Nasional (BN) terbukti mengamalkan dasar kongsi kuasa dengan rakan-rakan komponennya tanpa masalah dan diterima baik oleh rakyat kebanyakan," kata Shahidan.
Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BN Perlis ditemui selepas bertemu penyokong BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Guar Gajah di sini, malam tadi.
Shahidan yakin dengan corak sokongan pengundi bandar yang menyedari BN sentiasa melakukan yang terbaik untuk negara ini akan terus menyokong parti tersebut.
"Dalam keadaan sekarang hanya perubahan luar biasa dalam hati rakyat iaitu jika mereka berpura-pura menyokong BN, boleh menjadikan keadaan sebaliknya tetapi saya melihat trend pemikiran rakyat masa kini menunjukkan perkara ini mustahil berlaku," katanya.
Beliau berkata pengundi di kawasan bandar juga dilihat mula beralih pandangan untuk menyokong BN kerana mereka mengambil kira usaha yang dilakukan kerajaan termasuk pemansuhan tol untuk meringankan beban dan kos hidup rakyat.
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata usaha Perdana Menteri untuk menghapuskan tol adalah sesuatu yang luar biasa jika dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.
Mengenai Perlis, Shahidan berkata semua jentera BN negeri telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dan beliau bersyukur calon BN tidak menjadi isu bagi penyokong parti itu.
Katanya pembangkang mungkin mempunyai calon yang hebat tetapi mereka tiada kekuatan rakyat, berbeza dengan calon BN kerana sentiasa turun padang untuk bertemu dan menyampaikan bantuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2018
Shahidan berkata semua jentera BN negeri telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dan beliau bersyukur calon BN tidak menjadi isu bagi penyokong parti itu. - Gambar fail
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Ibu didakwa aniaya anak lelaki hingga cedera
Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya berusia sembilan tahun.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.
RUU kekalkan kerajaan perlu untuk wujud kerajaan stabil, yakinkan pelabur - MB Perak
Cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengekalkan kerajaan mentadbir sehingga akhir penggal perlu dilaksana untuk mewujudkan kerajaan yang stabil.