PADA pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, menang tanpa bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Rantau.
Namun, calon PKR Dr S Streram merangkap Naib Ketua PKR Cabang Rembau tidak dibenarkan masuk dewan pencalonan kerana gagal memakai tag SPR, memfailkan petisyen untuk membatalkan pengisytiharan Mohamad Hasan sebagai pemenang kerusi DUN Rantau pada PRU14.
Mahkamah Tinggi Seremban yang mendengar hujahan kedua-dua pihak, membuat keputusan bahawa kemenangan calon BN di kerusi DUN tersebut pada PRU14 lalu adalah terbatal dan tidak sah.
Susulan itu, SPR telah menetapkan 30 Mac sebagai hari penamaan calon dan 13 April sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau.
DUN N.27 Rantau adalah antara empat DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen P.131 Rembau.
Jumlah pemilih yang berdaftar bagi kerusi DUN Rantau adalah 20,472 pengundi. Mengikut pecahan kaum, pengundi Melayu merupakan komposisi pengundi terbesar iaitu 51.75 peratus, diikuti kaum India, 27.53 peratus dan Cina, 18.81 peratus.
Memandangkan pengundi Melayu merupakan komposisi terbesar, maka, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa pengundi Melayu mampu menentukan keputusan PRK Rantau.
Persoalannya, apakah calon BN mampu mengalahkan calon PH dalam PRK kali ini?
Keputusan PRU yang lepas menunjukkan calon BN dan calon PKR yang bertanding di DUN Rantau masing-masing meningkatkan sokongannya di kalangan pengundi Rantau.
Misalnya, calon BN yang memperolehi 8,031 undi pada PRU11 berjaya meningkatkan jumlah undinya kepada 10,126 pada PRU13.
Begitu juga, calon PKR yang memperolehi 1,832 undi pada PRU11 mempertingkatkan jumlah undinya kepada 5,513 undi pada PRU13.
Dalam pada itu, peningkatan undi bagi calon PKR jelas membayangkan parti PKR beransur-ansur menembusi dan bertapak dalam kawasan Rantau.
Namun, memandangkan Rantau merupakan kubu kuat UMNO sejak beberapa tahun yang lepas, khususnya sejak Mohamad Hasan yang umumnya dikenali sebagai ‘Tok Mat’, memasuki gelanggang politik, maka DUN Rantau menjadi hak milik BN.
Dengan itu, BN dijangka terus menguasai DUN Rantau. Lebih-lebih lagi dengan peralihan sokongan pengundi Melayu kepada BN akhir-akhir ini serta kemenangan berturut-turut BN pada PRK Cameron Highlands diikuti Semenyih.
Jentera sama, di bawah kepimpinan UMNO iaitu Mohamad Hasan selaku Timbalan Presiden UMNO akan membantu BN berjuang dengan lebih bersemangat untuk mempertahankan kerusi DUN Rantau.
Dalam pada itu, kenyataan pemimpin MIC dan MCA untuk membubarkan BN baru-baru ini tidak menjejaskan prestasi BN sendiri dalam PRK Rantau kelak.
Andaian itu dibuat berdasarkan keputusan PRU 12,13 dan 14 malah PRK-PRK yang lepas, di mana walaupun pengundi India dan Cina mengalih sokongan mereka kepada calon PKR, calon BN yang mewakili UMNO masih menang dengan majoriti yang agak besar.
Misalnya, calon BN daripada MIC yang bertanding kerusi DUN N.33 Sri Tanjung (Port Dickson) yang kalah sejak PRU12 akibat kesan kebangkitan HINDRAF dan kemudiannya gelombang perubahan.
Walaupun calon PKR dapat meningkatkan undinya daripada 1,832 (PRU11) kepada 3,956 (PRU12) dan kepada 5,513 undi pada PRU13 kesan pergolakan politik tersebut, calon BN di yang bertanding kerusi Rantau masih mampu menang dengan gayanya dan mengalahkan calon PKR dengan memperolehi 7,739 undi (PRU12) dan 10,125 undi pada PRU13.
Jadi, pergolakan dalam BN, termasuk kenyataan pemimpin UMNO, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz hanya sebagai 'ribut dalam cawan' dan diandaikan tidak akan banyak menjejaskan prestasi calon BN pada PRK Rantau.
Memandangkan DUN Rantau tertelak dalam Negeri Sembian yang dikuasai kerajaan negeri Pakatan Harapan, maka ada pihak yang beranggapan bahawa calon PH mempunyai kelebihan berbanding calon BN.
Namun, ramai juga beranggapan bahawa aura Tok Mat yang memikat hati sebahagian besar pengundi Rantau, merentasi kaum, sejak beliau bertanding kerusi Rantau pada pertama kalinya dalam PRU-11 dijangka membantu BN memenangi PRK Rantau dengan selesa.
Pada PRU 11, Tok Mat menewaskan calon PKR, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard dengan majoriti 6,199 undi.
Seterusnya beliau mengekalkan rekod cemerlang dengan menewaskan calon PKR, Aishah Lamsah, dua kali berturut-turut iaitu pada PRU12 dan PRU13, masing-masing dengan majoriti 4,613 undi dan 3,783 undi.
Rekod cemerlang tersebut memberi bayangan seterusnya membuatkan ramai beranggapan bahawa peluang bagi kemenangan calon BN pada PRK Rantau lebih mudah berbanding dengan PRK Cameron Highlands atau Semenyih.
* Datuk M.Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Sat Mar 09 2019
BN dijangka terus menguasai DUN Rantau. Lebih-lebih lagi dengan peralihan sokongan pengundi Melayu kepada BN akhir-akhir ini. - Gambar Astro AWANI
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.