Semangat yang ditunjukkan perwakilan UMNO yang hadir bagi Perhimpunan Agung Tahunan parti meyakinkan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kemampuan UMNO bagi memimpin Malaysia.

"Inilah perlambangan sebuah keyakinan bahawa, saya Najib Razak selaku Presiden UMNO tidak berseorangan.

"Ini bermakna juga kepimpinan kami juga tidak bersendirian," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pagi ini.

Menurutnya, jika ini petanda dari perwakilan, beliau yakin Umno akan memimpin buat satu masa yang panjang.

"Kalau sebeginilah petanda dan semangat yang dizahirkan orang UMNO, saya yakin dan penuh percaya bahawa UMNO akan terus hidup memimpin bukan sekadar 30 tahun mendatang, malah bagi tempoh 1,000 tahun lagi!" tegasnya.