Pertandingan bagi tiga posisi Naib Presiden dalam UMNO terbuka dalam pemilihan parti yang akan diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Namun, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan harapan supaya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dikekalkan dengan undian tertinggi.

"Persaingan Naib Presiden terbuka tetapi kita harap Hisham dapat undi tertinggi. Kita akan sokong beliau," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017.

BACA: Perwakilan cadang Hishammuddin menang Naib Presiden tanpa bertanding