Kesatupaduan dikenalpasti sebagai elemen paling penting dalam persediaan UMNO menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara ini adalah penting bukan sahaja dalam kalangan pimpinan parti tetapi juga ahli parti di semua peringkat.

"Ketepikan segala permasalahan dalaman. Kalau ini dapat diperkasakan dan disokong rakan komponen parti Barisan Nasional, saya yakin harapan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dapat diterjemahkan sepenuhnya," katanya.

Pandangannya dikongsi rakan sejawat, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengakui kepentingan elemen-elemen in dalam memenangkan BN dalam PRU 14.

"Jika perkara ini dicapai, saya pasti sasaran BN dapat direalisasikan," katanya.

Mereka berkata demikian dalam sidang media selepas ucapan dasar dari Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.