Walaupun umum mengetahui Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak penyokong Manchester United; Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mencadangkan supaya menggunakan laungan semangat musuh tradisi Liverpool, 'You will never walk alone' bagi mendepani cabaran Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ini kerana menurut beliau, laungan itu menunjukkan kesetiaan, kecekalan dan ketaatan Liverpool yang sentiasa bersama pasukan walaupun zaman kegemilangan sudah berlalu.

BACA: PAU2017: Khairy sambut slogan YNWA, perlu bersatu seperti Manchester United

"Jadi, semangat mereka yang masih berpegang utuh dan taat setia dan semangat berpasukan harus dicontohi semua ahli UMNO," katanya ketika sesi penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.