PAS menafikan dakwaan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mendakwa parti itu akan menjadikan peristiwa Memali sebagai satu usaha untuk memancing undi orang Melayu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata peristiwa Memali merupakan satu perkara yang perlu dibincangkan oleh semua pihak dan PAS tidak mempunyai sebarang kepentingan politik dalam hal tersebut.
"Ini bukan soal menarik undi kerana isu ini memang sejak dahulu diperjuangkan oleh PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Istiadat Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) ke-19 di sini, hari ini.
Semalam, Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata PAS sengaja menimbulkan kembali peristiwa Memali semata-mata untuk memancing undi orang Melayu menjelang PRU14.
Pada 16 Ogos, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menggesa kerajaan agar mewujudkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat kembali peristiwa Memali yang berlaku pada 19 Nov 1985 itu.
Peristiwa Memali yang menyaksikan 18 orang terbunuh kembali hangat susulan kekecohan yang berlaku semasa majlis Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam, Selangor berikutan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2017
Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata peristiwa Memali merupakan satu perkara yang perlu dibincangkan oleh semua pihak dan PAS tidak mempunyai sebarang kepentingan politik. - Gambar fail
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa
Calon Menteri Besar Kelantan akan mengangkat sumpah di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada jam 3 petang Selasa.
PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad
Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).
Menteri Besar Kelantan baharu dijangka angkat sumpah 15 Ogos - Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob.
PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.
Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.
Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.
PRN: Tiada bayangan siapa akan jadi Menteri Besar Kelantan - Ahmad Yakob
PAS Kelantan setakat ini menegaskan tiada bayangan calon yang akan menjadi Menteri Besar negeri itu, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan selesai.
Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob
Ahmad memberitahu, isu berkenaan sudah selesai dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
PN Kelantan perkenal 18 manifesto
Ahmad berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.
PRN: Bas percuma untuk pelajar IPT Kelantan balik mengundi
Kerajaan Kelantan menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada pelajar institut pengajian tinggi untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.