Pas yang merupakan parti politik matang membuka ruang kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar untuk kembali ke pangkuan parti itu, kata Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin.

Menurutnya, jika Ahli Parlimen Pokok Sena itu kembali kepada Pas, beliau wajar untuk menghormati pimpinan dan ahli parti selain keputusan yang dibuat.

“Kami tetap berdoa masih buka peluang mari balik bersama dengan jemaah. Hormat Jemaah, keputusan jemaah dan sebagainya.

“Apa paling penting wala (taat) kepada kepimpinan. Kalau dalam Pas ni presidennya kena ada wala dan tidak boleh kita nak kata ikut sedap hati kita.

“Dalam kaedah kita berjemaah presiden berkata dia bukan dia guna peribadi biasa atau pun sahsiah tetapi dia gunakan sahsiah maknawiyah. Maknanya atas dasar bukan haji hadi tapi dia presiden. Kita kena bagi wala dekat dia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke 34 Pas kawasan Hulu Terengganu di Rhu Sila, Marang pada Sabtu.