Pakatan Harapan mengumumkan kempen untuk menyatakan 'Rakyat Menolak GST' pada 1 April nanti sempena tiga tahun pelaksanaannya.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kempen ini diadakan bagi menunjukkan ketidakpuasan hati rakyat berhubung pelaksanaan cukai tersebut.

Buat masa ini, tiada tempat khusus ditetapkan bagi kempen tersebut dan sebarang butiran lanjut akan diumumkan pada masa terdekat.

Mengenai status permohonan pendaftaran Pakatan Harapan di Pendaftar Pertubuhan (RoS) pula, Dr Mahathir berkata sehingga kini, masih tiada jawapan dari pihak RoS.

"Kami masih belum memutuskan apa-apa (berhubung penggunaan logo parti) kerana perkara masih belum dimuktamadkan," katanya Dr Mahathir dalam sidang media selepas Majlis Presiden Pakatan Harapan di Pejabat Ketua Pembangkang di Bangunan Parlimen hari ini.

BACA: Tun M yakin ROS tidak akan luluskan Pakatan