Pakatan Harapan (Harapan) dijangka tidak berdepan masalah mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis walaupun berdepan pertembungan lebih daripada dua penjuru, 4 Ogos ini.
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, PRK Sungai Kandis juga dilihat tidak akan memberi kesan besar kepada kepimpinan Harapan baik di peringkat negeri mahu pun persekutuan.
“Saya jangkakan Pas akan masuk (bertanding) juga, mungkin pertandingan tiga penjuru antara Harapan, Pas dan BN/UMNO, namun untuk melihat Harapan tewas di Sg Kandis adalah amat tipis.
“Pada PRU14 lalu, kita lihat mereka menang dengan jumlah undi yang begitu besar, hampir mustahil untuk pembangkang sama ada UMNO atau Pas untuk menghakis jumlah dan majoriti undi yang dimenangi Harapan sebelum ini.
“Apatah lagi Harapan sudah menjadi kerajaan pada hari ini dan saya percaya pengundi di Sungai Kandis akan mengekalkan sokongan kepada Harapan,” katanya kepada Sinar Harian.
Biarpun ada kemungkinan pertandingan dua penjuru, Jeniri menjelaskan ia masih sukar untuk memecahkan jumlah sokongan besar dimenangi Harapan pada PRU14, sekitar dua bulan lalu.
“Dalam tempoh singkat sejak PRU14 hingga hari ini, tiada faktor besar yang dilihat mampu untuk mewujudkan kemungkinan berlakunya peralihan sokongan yang drastik oleh pengundi,” katanya.
Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berpandangan, pembangkang mempunyai lebih peluang untuk menang atau setidak-tidaknya memberikan saingan sengit jika situasi pertandingan dua penjuru berlaku.
Menurutnya, jika UMNO dan Pas mampu bekerjasama sebagai satu blok pembangkang, ia mampu mewujudkan peluang yang lebih besar memandangkan kedua-dua parti itu mempunyai kekuatan tersendiri.
“Jika UMNO dan Pas mampu menjalinkan kerjasama sebagai pembangkang, ini akan membuatkan Harapan lebih berhati-hati dalam meletakkan calon kerusi Sungai Kandis.
“Walaupun Harapan memenangi dengan majoriti besar PRU14 lalu, namun itu lebih kepada gelombang perubahan menolak kerajaan BN.
“Malah, beberapa isu terkini seperti pengaruh LGBT, isu liberalisasi, isu berkaitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), isu mengenai raja-raja misalnya, saya kira boleh menjadi faktor peralihan sokongan pada PRK Sungai Kandis, khususnya dalam pertandingan dua penjuru,” katanya.
Ahmad Marthada berkata, biarpun komposisi penguasaan kerusi peringkat negeri tidak terjejas jika Harapan tewas di Sungai Kandis, namun setidak-tidaknya ia akan menambahkan keyakinan di pihak pembangkang dalam konteks semak dan imbang pentadbiran.
“Dari satu sisi, ia pasti akan memberikan lebih keyakinan kepada pembangkang dalam memainkan peranan mereka," katanya.
Sinar Harian
Wed Jul 11 2018
Jeniri berpendapat, dalam tempoh singkat sejak PRU14 hingga hari ini, tiada faktor besar yang mampu mewujudkan kemungkinan berlakunya peralihan sokongan yang drastik. - Gambar fail
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Tidak dibebani isu demonstrasi dan konflik, faktor penyumbang Malaysia negara ke-18 paling aman
Hubungan diplomatik dengan semua negara memastikan Malaysia berada di ranking keamanan yang baik di peringkat antarabangsa.
Rakyat mahu semua ahli politik bekerjasama ketika krisis - Penganalisis
Dalam keadaan krisis ini, rakyat mahu ahli politik keluar dari kepompong parti dan bekerjasama demi menyelesai masalah yang dihadapi.
Belanjawan 2021: Jawatankuasa Khas dibentuk jika persetujuan gagal dicapai - Penganalisis
Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata penubuhan jawatankuasa berkenaan bagi menyelesaikan masalah berkaitan perkara yang terperinci di dalam setiap kementerian.
Muhammad Sanusi dijangka MB Kedah baharu?
Pimpinan Pas dan pimpinan Perikatan Nasional dipercayai bersetuju membawa nama Muhammad Sanusi untuk mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Segera rombak Kabinet, kata penganalisis politik
Ahmad Martadha berkata, rakyat mula menilai kemampuan dan keupayaan kerajaan untuk melaksanakan manifesto semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Pakatan Harapan tidak tergugat
Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, PRK Sungai Kandis dilihat tidak akan memberi kesan besar kepada kepimpinan Harapan baik di peringkat negeri mahu pun persekutuan.
Kerajaan disaran pertimbang cadangan kembalikan ISA, kata penganalisis
Kerajaan disaran mempertimbangkan saranan agar ISA dikembalikan bagi mengekang tindakan mengganggu-gugat keselamatan negara selain menangani perlakuan subversif.
Penahanan tanpa bicara perlu dalam Akta Antikeganasan
Walaubagaimanapun, kerajaan harus tetapkan tempoh maksimum setahun sahaja bagi penahanan tersebut untuk memberi ruang pihak berkuasa menyiasat dan mendapatkan bahan bukti.