Perang mulut antara Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berterusan hari ini.

Terbaru, ianya mengenai kekeliruan perbezaan Universiti Islam Malaysia (UIM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Guan Eng pada 16 Januari lalu mendakwa sesetengah pihak sengaja memainkan sentimen perkauman menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands dengan membesar-besarkan tindakan Kementerian Kewangan memberi peruntukan kepada kolej swasta, Kolej Universiti New Era.

Pada hari yang sama, Najib kemudian memuat naik status Facebook mengkritik Menteri Kewangan itu yang “membandingkan peruntukan untuk tiga kolej universiti swasta” dengan “peruntukan RM15 juta kepada UIAM.”

“Adakah Guan Eng tidak faham perbezaan antara kolej swasta dengan universiti awam milik kerajaan?,” tanya Najib dalam status tersebut.

Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini berkata UIM merupakan kolej swasta tidak berasaskan
keuntungan yang beroperasi di Cyberjaya, berbeza dengan UIAM yang merupakan universiti awam milik kerajaan.

“Beliau nampaknya keliru dan tidak tahu bahawa UIM adalah berbeza dan berlainan daripada UIAM.

“Amatlah dikesali bahawa beliau tidak tahu perbezaan di antara UIM dan UIAM sungguhpun telah memegang jawatan kerajaan sekian lama dan berkhidmat di Putrajaya selama lebih 20 tahun,” kata Guan Eng.

Perang mulut antara Najib dan Guan Eng tidak asing lagi kepada media sosial dan kenyataan media, dengan kedua-dua individu tersebut membidas satu sama lain berkenaan pelbagai isu termasuk GST, SST, 1MDB dan harga minyak.

Guan Eng berkata UIM ditubuhkan pada 2012, apabila Kolej Islam Malaya dinaik taraf dengan perkenan Majlis Raja-Raja.

“Mustahil seorang bekas Perdana Menteri tidak tahu tentang kewujudan institusi yang begitu bersejarah, atau pura-pura tidak tahu semata-mata untuk berpolitik?

BACA: Ini jawapan Najib bila kena kutuk kenapa dulu tak jumpa Orang Asli

BACA: Najib, Zahid, Tok Mat, Hishammuddin bincang apa?


Bagaimanapun, Guan Eng memberitahu, UIM yang ditubuhkan di Cyberjaya pada tahun 2012, yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Islam Malaya merupakan sebuah institusi pengajian Islam dengan sejarah panjang melahirkan ramai tokoh-tokoh di Malaysia, dinaiktaraf dengan perkenan Majlis Raja-Raja.

“Mustahil seorang bekas Perdana Menteri tidak tahu tentang kewujudan institusi yang begitu bersejarah, atau pura-pura tidak tahu semata-mata untuk berpolitik?

"Sekarang siapa yang membuat kenyataan yang tidak masuk akal dan agak memperlekehkan rakyat?
"Seharusnya Najib patut memohon maaf atas kesilapannya tetapi saya yakin beliau tidak akan berbuat demikian kerana beliau rasa “tidak boleh buat salah,” ujarnya.