Muktamar Tahunan Pas ke-66 hari ini sebulat suara meluluskan usul berhubung normalisasi hubungan diplomatik Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Liga Arab dengan Israel yang dikemukakan oleh Dewan Ulama Pas Pusat.
Usul tersebut mendesak umat dan kerajaan dunia Islam supaya membantah dan mengecam pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, serta sebarang bentuk normalisasi hubungan diplomatik dengan Israel bagi mengekang peluasan kuasa politik dan penjajahan ke atas Palestin.
Selain itu, Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Muhamad Najhan Shahir Abdul Halim ketika membentangkan usul tersebut turut mendesak supaya negara-negara Arab meneruskan pembayaran untuk menampung perbelanjaan mengurus kepada pihak berkuasa Palestin.
“Dewan Ulama Pas Pusat mengecam tindakan Liga Arab, UEA dan Bahrain yang mengiktiraf normalisasi hubungan diplomatik dengan Israel yang merupakan satu bentuk pencabulan dan permusuhan ummah.
“Mendesak supaya pihak kerajaan Malaysia mengkaji pendirian “two-state solution” dalam hubungan luar kerajaan Malaysia terhadap isu Palestin dengan memberikan penekakan terhadap sejarah dan nilai agama untuk kepentingan Palestin dan rakyatnya dengan penyelesaian yang adil,” katanya pada muktamar berkenaan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), di sini pada Ahad.
Usul tersebut kemudian dipersetujui oleh kira-kira 400 perwakilan yang hadir sebelum diumumkan oleh Pengerusi Tetap Muktamar, Hussin Ismail.
Selain itu, satu lagi usul yang dibahaskan berkaitan perjudian yang dikemukakan oleh Dewan Muslimat Pas turut diterima oleh semua perwakilan.
Dalam perkembangan sama, enam lagi usul diterima tanpa bahas pada muktamar berkenaan.
Ia termasuk usul yang dikemukakan oleh Pas kawasan Pasir Puteh agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus dipertahankan dan Muafakat Nasional (MN) perlu diperkukuhkan.
Hasimi Muhamad
Sun Sep 13 2020
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-66 di Dewan Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa. - Gambar BERNAMA
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Muktamar Tahunan Pas ke-66 lulus usul bantah hubungan normalisasi UAE - Israel
Usul tersebut mendesak umat dan kerajaan dunia Islam supaya membantah dan mengecam pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.