Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menyanggah kenyataan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah yang menganggap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak layak berada dalam Muafakat Nasional kerana membuka keahlian kepada bukan Melayu.
Dalam satu kenyataan menerusi Twitternya, Shahril menjelaskan UMNO telah pun membuat keputusan berhubung penyertaan Bersatu dalam MN.
Jelas beliau, UMNO juga tidak akan meninggalkan perjanjian yang telah dibuat hanya kerana Bersatu membuka keahliannya kepada bukan Melayu.
"Antara sebab lain, ia kelihatan sangat pelik memandangkan kita berada dalam BN dan MCA serta MIC juga menyokong MN.
"Selain itu, salah satu cabaran kami adalah meyakinkan orang bukan Melayu bahawa MN bukan kelab eksklusif. Kami telah mengatakan bahawa di seluruh negara.
"Malah Piagam MN menyebutkan hasrat inklusiviti. Oleh itu, kita tidak akan melakukan perkara yang jelas bertentangan," katanya.
BACA: Bersatu tidak layak sertai Pakatan Melayu, menteri UMNO wajar berundur - Ku Li
Shahril juga menjelaskan antara kandungan piagam MN ialah memperkukuhkan kerjasama itu melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.
"Kalau parti nak buat keputusan drastik seperti yang dicadangkan, perlu ada sebab dan pertimbangan berlandaskan apa yang baik untuk negara dan parti.
"Sebab dan pertimbangan yang boleh diterima rakyat. Bukan semata-mata sebab satu parti dalam Kerajaan buka keahlian," katanya lagi.
Sebelum ini, Tengku Razaleiegh berkata tindakan Bersatu membuka keanggotaan kepada bukan Bumiputera menjadikan parti itu tidak lagi layak berada dalam "pakatan Melayu-Islam yang didukung Muafakat Nasional (MN)".
Dalam satu kenyataan, Tengku Razaleih menggesa pemimpin UMNO yang menganggotai Kabinet Perikatan Nasional (PN) wajar menarik diri daripada kerajaan ekoran keputusan Bersatu itu.
Astro Awani
Fri Aug 28 2020
Shahril juga menjelaskan antara kandungan piagam MN ialah memperkukuhkan kerjasama itu melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara. - Gambar fail
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
AWANI Ringkas: PM: Isu PKR Sabah akan diselesaikan segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DNB nafi dakwaan tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman
Digital Nasional Bhd (DNB) dengan tegas menafikan dakwaan bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.
Adakah ia akan mencetuskan perang lebih besar & dahsyat di Asia Barat?
Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam, Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang
KPN Razarudin ucap takziah pemergian Tun Hanif Omar
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas KPN, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada awal pagi Sabtu.
Keperibadian Tun Hanif tegas ketika melakasanakan tugas
Ketegasan dalam melaksanakan tugasan.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan: Bekas pengurusan JPM, MoF akan dipanggil
Bekas pengurusan tertinggi JPM dan MoF adalah antara 47 saksi pendakwaan yang akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Adam Radlan.
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
'Ramai sudah mula hilang keyakinan kepada Bersatu' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semakin ramai orang sudah hilang keyakinan kepada pembangkang terutama Bersatu.
Tiada ADUN lain akan ikut jejak Abdul Rashid
Menurutnya, tindakan ADUN Selat Klang itu juga tidak dipersetujui oleh wakil rakyat lain kerana dianggap membelot kepada pengundi.
Bersatu akan berdepan krisis perlembagaan parti - Puad
Ia susulan tindakan ADUN Selat Klang isytihar sokongan kepada MB ketika parti itu baru meluluskan pindaan perlembagaan.
PRK: Pas sedia tanding kerusi Jeli, Gua Musang
Difahamkan tindakan itu susulan Bersatu membuat pindaan perlembagaan parti itu pada Sabtu.
Pindaan perlembagaan akan beri kesan kepada enam MP Bersatu – Muhyiddin
Pindaan perlembagaan Bersatu akan memberi kesan kepada kedudukan enam Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri.
Jana Wibawa: 47 saksi akan beri keterangan terhadap Adam Radlan
Saksi-saksi ini akan memberi keterangan berdasarkan pernyataan saksi dan dokumentasi bagi semua kes terbabit telah pun diserahkan kepada pihak pembelaan.