MIC yakin parti itu kekal bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Presidennya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata ini kerana kawasan Parlimen Cameron Highlands merupakan kerusi tradisi MIC sejak dahulu dan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) maklum akan perkara itu walaupun terdapat parti komponen BN yang lain berminat untuk bertanding di kerusi itu.
"Jentera parti MIC sudah melakukan gerak kerja (dalam mendekati pengundi) sejak dahulu. Bagaimanapun, tiada masalah jika (parti komponen) mahu bekerja di sini bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN. Tiada isu dalam perkara itu," katanya.
Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek berjumlah RM800,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Terla dan Persatuan Penganut Dewa Sri Maha Mariamman di sini, hari ini.
BACA: Tiada sebab MIC mahu lepaskan kerusi Cameron Highlands - Sivarraajh
BACA: PRU14: Pengundi Cameron Highlands pentingkan kriteria calon - kajian
Katanya MIC juga telah menyerahkan nama calon yang dicadangkan bertanding di kerusi itu kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebelum ini, Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas mendakwa kerusi Parlimen Cameron Highlands akan dikembalikan kepada parti itu berdasarkan janji bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2000.
Sejak PRU 2004, kerusi itu dimiliki MIC dan kini disandang bekas Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel yang ketika ini merupakan anggota Parlimen Bebas selepas hilang keanggotaan MIC pada 2015 semasa krisis dalaman parti itu.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat BN Parlimen Cameron Highlands di Tanah Rata di sini, Dr Subramaniam berkata MIC menyokong penuh calon parti komponen BN yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata dan DUN Jelai yang berada di bawah Parlimen Cameron Highlands.
"Masyarakat India di sini akan menyokong penuh calon yang akan bertanding di kedua-dua kerusi tersebut bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN. Itu (sokongan) merupakan prinsip BN,” katanya.
Bernama
Tue Mar 06 2018
SUBRAMANIAM: Tiada masalah jika (parti komponen) mahu bekerja di Cameron Highands bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN. - Gambar fail
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
14 keluarga terjejas dalam banjir kilat di Cameron Highlands
Banjir kilat berlaku ekoran limpahan sungai Kampung Raja dengan anggaran kedalaman air kira-kira 1.5 meter di lokasi.
Cameron Highlands bandar paling bahagia di Malaysia
Persepsi yang diberikan oleh penduduk di Cameron Highlands membuatkan ia dipilih sebagai bandar paling bahagia.
Sultan Pahang mahu pembaikan cerun penempatan Orang Asli Kg Sungai Ruil dipercepat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa supaya projek pembaikan cerun di penempatan Orang Asli Kampung Sungai Ruil, Tanah Rata dipercepatkan.
Tanah runtuh Cameron Highlands, NRES tunggu laporan lengkap
NRES menunggu laporan lengkap berhubung kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands, Pahang, pada Jumaat lepas yang meragut lima nyawa.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Dua mayat terakhir ditemui
Pasukan mencari dan menyelamat petang tadi menemui mayat keempat dan kelima mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.
Penerokaan haram dikesan di kawasan runtuhan di Cameron Highlands
Penerokaan haram dikesan berlaku di kawasan runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley di sini.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Mayat ketiga ditemui
Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat ketiga mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Operasi hari kedua guna jentera berat
Kumpulan pertama 14 anggota dan dua ekor anjing K9 memasuki lokasi kira-kira jam 8.42 pagi manakala pasukan kedua 14 anggota jam 10 pagi.
SAR mangsa tanah runtuh di Cameron Highlands diteruskan pagi ini
Operasi bermula pada 8.30 pagi dengan melibatkan 158 anggota serta pegawai dari Pahang, Perak dan Selangor.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Operasi SAR sebelah malam disambung SMART dan STORM
Dua ekor anjing pengesan dari Unit K-9 direhatkan setelah melakukan tugasan mencari dan menyelamat (SAR) melebihi tujuh jam.