BARU-baru ini Malaysia dilanda dengan polemik mengenai pelbagai isu di kalangan rakyat pelbagai kaum.

Antaranya, isu pengenalan pengajaran seni khat di sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil dan Cina mulai tahun hadapan serta ucapan dan kenyataan umum seorang pendakwah Islam bebas, Dr Zakir Naik yang tinggal di Malaysia dengan status bermastautin tetap atau PR (Permanenat Residence).

Ucapan dan kenyataan Dr Zakir menjadi bahan perbualan hangat malah kontroversi di negara ini.

Namun, kerajaan yang mengambil kira bantahan sebahagian besar komuniti Cina dan India terhadap pengenalan seni khat di sekolah vernakular telah mengkaji semula dasar tersebut dan membuat keputusan untuk meneruskan pengajaran seni khat di sekolah berkenaan dengan beberapa pindaan termasuk memberikan kuasa kepada guru besar untuk membuat pilihan sama ada seni khat diajar atau tidak di sekolah masing-masing.

Di samping itu, Kementerian Pendidikan juga membuat ketetapan mengecualikan mata pelajaran seni khat daripada peperiksaan.

Dengan keputusan bijak oleh Kementerian Pendidikan ini, isu pengenalan seni khat di sekolah vernakular dapat diselesaikan dengan baik malah memuaskan hati masyarakat India dan Cina.

Selain itu, satu lagi isu yang masih hangat dibincang di kalangan warga bukan Melayu terutamanya warga India dan belum diselesaikan adalah ucapan dan kenyataan malah dakwaan kontroversi Dr Zakir yang dilaporkan membuat perbandingan antara agama Islam dan lain-lain agama dalam ceramahnya terutamanya antara agama Islam dan Hindu.

Perbandingan antara agama yang dibuat oleh Dr Zakir didakwa oleh pakar-pakar agama India malah masyarakat beragama Hindu sebagai tidak tepat malah menyeleweng.

Dr Zakir juga dilaporkan menyoal kesetiaan orang India dan Cina terhadap kerajaan Malaysia dalam ucapanya selain mendakwa kaum India di Malaysia lebih setia kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Begitu juga Dr Zakir mengesa warga Cina kononnya 'tetamu' lama dan perlu dihantar balik ke negara asal mereka.

Jadi, tingkah laku Dr Zakir dikesan menguris hati sebahagian besar kaum Cina dan India.

Melintasi garisan

Malah, Dr Mahathir sendiri mengakui bahawa tingkah laku Dr Zakir telah melintasi garisan yang dibenarkan kepada seorang yang tinggal di negara ini dengan status PR.

Dr Mahathir mendakwa Dr Zakir cuba bermain politik kaum yang akan mengundang perselisihan faham antara pelbagai kaum yang hidup aman damai di negara ini.

Selain itu, pelbagai pihak yang terpengaruh, termasuk pemimpin yang menyertai parti pemerintah dan pembangkang juga melahirkan perasaan rasa tidak puas hati terhadap tingkah laku dan ucapan Dr Zakir sebagai pendakwah bebas.

Antara pemimpin utama yang menyarankan pandangan untuk menarik balik status PR Dr Zakir malah mahu penceramah itu dihantar balik ke negara asal kerana ucapannya mampu mengundang perpecahan dan kekacauan di kalangan rakyat pelbagai kaum atau mengugat keselamatan negara adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor.

Selain itu, bekas Menteri Penerangan merangkap pemimpin utama Bersatu yang juga pakar perlembagaan persekutuan, Tan Sri Dr Rais Yatim, serta bekas menteri kanan, Menteri Perdagangan yang lantang bersuara merangkap bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz turut senada dalam isu berkenaan.

Perlu ingat bahawa warga bukan Islam dalam negara tidak membantah Dr Zakir berdakwah untuk mengukuh dan menyebar syiah Islam dengan bebas, sesuai dengan peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan di Malaysia seperti terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaaan Persekutuan.

Tetapi, bukan Islam didapati kurang berpuas hati malah terguris hati apabila Dr Zakir membuat perbandingan antara agama Islam, Hindu dan Kristian yang tidak tepat malah menyeleweng.

Namun demikian, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini membuat kenyataan media kononya Pas meyokong Dr Zakir untuk terus berdakwah dengan bebas.

Susulan kenyataan media Presiden Pas itu, Presiden MIC, Tan Sri S.Vigneswaran telah membuat kenyataan media sebagai respons bahawa parti itu tidak akan teragak-agak untuk mengkaji semula penjanjian kerjasama politik yang terjalin antara MIC dengan Pas sebelum ini.

Perlu disedari, S.Vigneswaran sendiri sudah bersikap berani dan terbuka mengambil langkah menjalinkan kerjasama politik dengan Pas iaitu parti yang menjadi musuh politik mereka sejak ditubuhkan pada tahun 1951.

Malah, Abdul Hadi sendiri dilaporkan menyanjung tinggi terhadap sikap terbuka kepimpinan MIC terhadap Pas.

Kerjasama Pas-MIC

Kerjasama Pas-MIC difahamkan terbentuk berasaskan perbincangan secara terbuka, hati ke hati antara pemimpin utama MIC dan Pas atas pegangan Pas perpegang teguh kepada ajaan bahawa 'Islam tak pernah mengajar umatnya untuk memusuhi sesiapa atas dasar bangsa, kaum atau agama.

Manakala, MIC pula sanggup menjalinkan kerjasama dengan Pas atas kepercayaan walaupun Pas menetapkan perjuangannya berdasarkan Islam, parti itu tidak akan menghalang amalan lain-lain agama dalam negara malah membela kepentingan kaum bukan Islam.

MIC juga, selama ini berpegang kepada dasar dan prinsip tidak akan membantah Islam dilaksanakan dalam negara berdasarkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu 'Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan'.

MIC sebenarnya percaya kepada konsep meraikan kepelbagaian dalam negara malah percaya bahawa keharmonian antara kaum, hidup rukun bersama, saling bergantung dan saling bekerjasama satu antara lain adalah asas kepada kemajuan, kesejahteraan dan kestabilan politik negara yang tercinta ini.

Apapun kedudukan, suasana politik atau polemik, adalah menjadi tanggunjawab warga Malaysia membina harmoni antara rakyat.

Rakyat perlu bersikap bijaksana dan mengelak daripada terpengaruh dengan permainan politik menggunakan agama oleh mana-mana pihak malah mengelak sentimen permusuhan kaum berasaskan ras dan agama.

Rakyat pelbagai kaum perlu wajar mengambil perhatian terhadap amaran Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah supaya mengelak gejala yang mampu merosakkan perpaduan negara.

Rakyat perlu mengamalkan budaya dan mencari titik persamaan antara kaum dalam memupuk perpaduan negara, lebih-lebih lagi menjelang negara menyambut kemerdekaan ke 62, Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.


*Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.