Seorang bekas pengerusi cawangan DAP meminta penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya mengadakan dan bertanding dalam pemilihan semula parti itu seperti yang diarahkan RoS untuk membuktikan beliau tidak gentar terhadap Anggota Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw.
G.Asoghan, yang sebelum ini mengetuai cawangan Bagan Luar, berkata Kit Siang mesti menunjukkan kepada semua anggota DAP bahawa beliau tidak gentar pada Tan dengan mengadakan pemilihan semula yang adil menggunakan senarai bertarikh 15 Dis 2012, membariskan 2,576 anggota daripada 865 cawangan.
"Kami percaya pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 2012 telah dimanipulasi supaya Tan boleh disingkirkan oleh kerana Kit Siang tahu bahawa Tan lebih baik daripadanya," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.
Beliau berkata DAP mesti mengadakan pemilihan semula untuk memberi kuasa kepada perwakilan memilih CEC baharu dan memberi peluang kepada mereka yang kalah sebelum ini untuk bertanding sekali lagi.
Jumaat lepas, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Datuk Mohammad Razin Abdullah, dalam satu kenyataan, berkata pendaftaran DAP tidak akan dibubarkan tetapi parti itu mesti mengadakan pemilihan semula 20 anggota CEC susulan aduan daripada sesetengah anggota parti berhubung manipulasi undi.
Asoghan berkata DAP tidak harus menyalahkan RoS kerana mengeluarkan arahan itu memandangkan jabatan berkenaan hanya menjalankan tugasnya.
"Aduan diterima daripada anggota DAP dan kami percaya 68 calon yang bertanding dalam pemilihan 2012 mungkin mahukan pemilihan CEC baharu," katanya.
Beliau menyifatkan sebagai tidak profesional tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, yang dilaporkan mengkritik arahan RoS itu sebagai kurang jelas serta bermotifkan politik.
"Jika senarai perwakilan pada 2012 berubah selepas empat tahun, DAP boleh mengemukakan bukti untuk menunjukkan bahawa ada anggota parti yang telah pun keluar daripada DAP atau meninggal dunia. Ini bukan suatu masalah besar dan pemilihan baharu masih boleh diadakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2017
Seorang bekas pengerusi cawangan DAP mendakwa pemilihan CEC pada 2012 telah dimanipulasi supaya Tan Seng Giaw boleh disingkirkan kerana Lim Kit Siang (gambar) tahu Tan lebih baik daripadanya. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan dari Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Kit Siang diminta bertanding dalam pemilihan semula DAP
Kit Siang mesti menunjukkan kepada semua anggota DAP bahawa beliau tidak gentar pada Tan dengan mengadakan pemilihan semula yang adil menggunakan senarai bertarikh 15 Dis 2012, dengan 2,576 anggota.