Penyandang Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh akan bertanding di kerusi Parlimen Segambut dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Hannah berpindah daripada DUN Subang Jaya ke Parlimen buat kali pertama dalam karier politiknya.

Beliau menggantikan Lim Lip Eng yang bakal berpindah ke Parlimen Kepong.

Ini bermakna penyandang kerusi Kepong iaitu Dr Tan Seng Giaw telah digugurkan DAP setelah lapan kali dicalonkan parti tersebut sebelum ini.

Perkara ini diumumkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu majlis di Dewan Sivik Petaling Jaya, Isnin malam.

Selain itu, Guan Eng turut mengumumkan bahawa penyandang kerusi Cheras, Tan Kok Wai; kerusi Seputeh, Teresa Kok dan kerusi Bukit Bintang, Fong Kui Lun bakal mempertahankan kerusi masing-masing dalam PRU14 nanti.