UMNO mempersoalkan mengapa hanya pemimpin di kalangan mereka sahaja yang didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun pemimpin dari parti komponen BN lain seperti MIC dan MCA terlepas daripada siasatan suruhanjaya itu.
Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, adakah SPRM telah berlaku tidak adil dalam penyiasatan mereka.
“SPRM ini adil ke tidak? hairan juga kenapa bekas Menteri dan pemimpin dari MCA, MIC dan Gerakan seorang pun tidak didakwa.
“Mana mungkin satu tuduhan pun tidak boleh direka untuk mendakwa pemimpin parti berkenaan. Kenapa (pemimpin) UMNO sahaja (yang didakwa)?
“Berbelas dan berpuluh tuduhan direka untuk mendakwa pemimpin UMNO,” katanya melalui perkongsiannya di akaun Facebooknya.
Mohd Puad berkata, bukannya sukar untuk kerajaan PH melakukan pendakwaan ke atas pemimpin MIC dan MCA seperti mana yang dilakukan ke atas pemimpin UMNO.
“Lagi pun bukan payah sangat. Dakwa dulu, siasat kemudian. Jawapannya mudah. Tun M (Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) yang suruh.
“Tun M hanya mahu memusnahkan UMNO dan minta mereka menyertai Bersatu untuk menyelamatkan Bersatu.
“Pada dia MCA, MIC dan Gerakan bukan ancaman. Ahli Parlimen ketiga tiga parti itu tinggal seorang dua sahaja. Dan bukan boleh dibawa masuk ke dalam Bersatu pun,” katanya.
Mohd Puad menambah, mungkin pada Dr Mahathir ketiga-tiga parti komponen BN itu akan lenyap sendiri tidak lama lagi.
“Tetapi Umno mengancam beliau. Beliau geram kerana ahli akar umbi UMNO tidak goyang. Pada beliau MCA, MIC dan Gerakan no hal punya (tidak mendatangkan masalah).
“Justeru beliau akan kejar UMNO sampai ke lubang cacing,” katanya.
Sinar Harian
Sat Nov 17 2018
Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, adakah SPRM telah berlaku tidak adil dalam penyiasatan mereka. - Gambar fail/BERNAMA
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Kontrak urus kenderaan kerajaan: Ahli perniagaan bergelar Tan Sri akan didakwa esok
Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen berhubung kontrak membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan.
Ketua Pembangkang Singapura Pritam Singh didakwa 2 tuduhan berbohong kepada Parlimen
Ketua Pembangkang Pritam Singh didakwa atas dua pertuduhan berbohong kepada jawatankuasa Parlimen Singapura.
Bekas posmen didakwa bunuh Bella
Lelaki berkenaan didakwa membunuh mangsa yang ketika kejadian berusia 32 tahun.
Dua anggota tentera antara tiga individu didakwa miliki dadah
Dua anggota tentera antara tiga individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rembau atas pertuduhan memiliki dadah di sebuah kediaman di Gemas, Tampin, minggu lepas.
Donald Trump bakal didakwa lagi
Beliau berdepan tuduhan menyimpan dokumen keselamatan negara secara haram.
Bekas jurutera JKR sekali lagi didakwa minta suapan bagi projek penyelenggaraan cerun
Izwan Mashuri, 40, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Lebih 50 maut dalam treler di Texas, empat didakwa
Empat lelaki sudah didakwa atas pelbagai kesalahan berikutan 53 migran maut dalam treler di San Antonio.
Pasangan suami isteri didakwa bunuh, dera anak saudara
Mereka dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Lima penuntut USAS rentung: Pemandu treler dijangka didakwa Selasa
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan yang membabitkan pemandu treler berusia 28 tahun itu.
Ibu dua anak mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah, salah guna kuasa
Mahkamah menetapkan 28 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.