Tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson memasuki minggu kedua dengan kejutan pengumuman Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun padang berkempen bersama calon parti berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru, Anwar, 71, begitu teruja dengan kedatangan Perdana Menteri ketujuh itu dan akan dijadualkan berkongsi pentas berucap pada Isnin malam selepas 20 tahun.
"Kalau beliau hadir inilah kali pertama saya kembali satu pentas dan kita akan gegarkan Port Dickson setelah 20 tahun," katanya semasa berucap pada majlis minum petang bersama komuniti nelayan di Kampung Telok Kemang di sini semalam.
BACA: 'Saya dan Tun Mahathir bakal gegarkan Port Dickson'
Anwar, dengan reputasi sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Umum PKR, dilihat mempunyai kelebihan, dengan jentera parti yang diketuai Pengarah Pilihan Raya PH Aminuddin Harun bertungkus lumus menyusun program antara tujuh hingga 10 program sehari bermula dari pagi sehingga tengah malam.
Malah, sejak hari pertama lagi Anwar bijak menawan hati pengundi pelbagai kaum di Port Dickson dengan lawatan ke Kuil Sikh petang hari penamaan lagi, selain ke pesta tanglung, menyampaikan tazkirah di masjid, dan juga program kebudayaan masyarakat India mengikut jadual program.
Gelagatnya yang menari seperti mendiang superstar filem Tamil M.G.R. di atas pentas pada pesta kebudayaan masyarakat itu tentunya menarik perhatian kaum India menunjukkan betapa dekatnya mereka di hati Anwar.
Jadual kempen Anwar diatur cukup baik yang mana biasanya beliau akan bermula seawal 8.00 pagi dengan bersarapan dan mengadakan tinjauan mesra di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai di pusat bandar atau kawasan berhampiran.
Pada tengahari dan petang Anwar mengadakan program ramah mesra dan santai dengan penduduk tempatan, manakala sebelah malam beliau mengadakan ceramah di dua atau tiga lokasi yang biasanya berakhir tengah malam.
BACA: PRK Port Dickson: Daim turun berkempen bersama Anwar
Dalam beberapa siri ceramahnya, Anwar yang telah dipersetujui menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri kelapan membawakan pelbagai isu antara mengenai masalah kewangan negara, tujuan beliau bertanding di Port Dickson dan perkara yang akan dilakukan jika dipilih menjadi wakil rakyat kawasan itu.
Beliau juga menuntut pengundi di Port Dickson untuk keluar mengundi beramai-ramai pada 13 Okt ini dan memberikan kemenangan bergaya kepadanya yang juga Ketua Umum PKR.
"Dalam pilihan raya kalau menang satu undi juga dikira sebagai menang, tapi kalau saya menang nanti dengan majoriti kecil, malulah saya. Ada ramai pihak yang akan mengata saya nanti," kata beliau dalam satu ceramahnya di Kampung Baharu, di sini baru-baru ini.
Sementara itu, enam calon lain yang bertanding dalam pilihan raya itu yang sebelum ini memulakan kempen sedikit perlahan berbanding Anwar, kini dilihat sudah mengatur program kempen masing-masing dengan baik terutama dua lawan utama Anwar iaitu calon Bebas bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Samad dan calon PAS Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar.
Empat lagi calon Bebas, bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong, pakar perunding pengurusan Kan Chee Yuen dan bekas pensyarah universiti swasta Lau Seck Yan pula mengadakan program kempen yang agak terhad.
Faktor kewangan dan tiada jentera kempen menyebabkan mereka terpaksa menumpukan kempen masing-masing kepada program santai dengan bertemu pengundi selain menyebarkan risalah di lokasi-lokasi tumpuan.
"Ini kerana kita tiada banyak wang untuk buat program seperti ceramah umum melainkan turun dari satu tempat ke tempat berjumpa dengan pengundi," kata Stevie Chan.
Mohd Isa, bekas menteri besar Negeri Sembilan selama 22 tahun pula memilih untuk mengadakan kunjungan kerumah pengundi kerana mendakwa lebih selesa dengan cara itu yang dianggapnya lebih efektif.
BACA: Dakwaan PD tidak membangun tidak berasas - Isa Samad
Kehadiran Mohd Isa, yang hanya mengumumkan untuk bertanding dua hari sebelum tarikh penamaan calon agak mengejutkan kerana sebagai anggota UMNO beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai anggota parti untuk bertanding kerana UMNO sudah menyatakan mereka memboikot PRK berkenaan.
Mohd Saiful Bukhari pula melancarkan tabung dan merayu sumbangan daripada orang ramai untuk membantunya meneruskan kempen sehingga hari pengundian 13 Okt ini, sehingga kini, beliau sudah mengumpul RM2,500.
Dua lagi calon Bebas, Lau, yang satu-satunya calon wanita dan menggunakan logo arnab dan Kan, yang menggunakan logo pen dilihat tidak begitu agresif, kemungkinan kerana jentera kempen yang kecil dan sederhana tanpa majlis ceramah.
Dari segi 'perang bendera dan poster' pada PRK ini, jelas agak hambar apabila hanya beberapa kawasan kecil sahaja dilihat memacakkan bendera merah Pakatan Harapan dan bendera hijau PAS.
BACA: Saya tidak guna jentera untuk berkempen di PD - Wan Azizah
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, pada 12 Sept lepas bagi membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.
Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada PRK ini, yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 07 2018
Anwar berucap pada Program Minum Petang bersama warga nelayan di Kampung Nelayan, Teluk Kemang, Port Dickson, 6 Okt, 2018. --fotoBERNAMA
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Libya giat langkah kumpul derma untuk Gaza
Libya tampil dengan beberapa inisiatif mengumpul dana untuk dihantar ke Gaza.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Kisah bayi Leila Jeneid bukti Israel tidak berhati perut
Leila Jeneid, bayi yang berusia dua bulan belum lagi berkesempatan merasai nikmat hidup dan mendapat pelukan mesra keindahan dunia. Baru sahaja mencelik mata, dia sudah diuji dengan kesengsaraan kekurangan zat sehingga menyebabkannya berakhir di hospital.
TikTok perkenal pusat pilihan raya bagi tangani info palsu
TikTok merancang untuk melancarkan pusat pilihan raya dalam talian di platform itu sebagai sebahagian daripada usaha menyokong integriti pilihan raya sepanjang 2024.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat 27 Mac susulan cuaca panas.
Puluhan wau 'warnai' langit malam Kampung Panchor
Cuaca panas yang melanda Kedah sejak kebelakangan ini dilihat sedikit sebanyak merubah rutin seharian penduduk setempat. Di Kampung Panchor, Pendang, sekumpulan anak muda telah memulakan satu aktiviti yang jarang dilihat di kawasan lain iaitu bermain wau pada waktu malam.
Dua jasad dari enam mangsa hilang ditemukan
Dua jasad daripada enam pekerja pembinaan yang hilang dalam insiden jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat telah ditemukan pada Khamis.
6 kereta, tiga rumah terjejas dalam kejadian pokok tumbang di KL
Hujan lebat di sekitar kawasan Kuala Lumpur pada petang Khamis menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghempap kenderaan orang awam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza dilancar
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, iaitu antara inisiatif kerajaan Selangor bagi membangunkan semula wilayah Gaza di Palestin.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran
Beliau berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala.
NCER disasar catat RM367.8 bilion pelaburan direalisasi menjelang 2030 - Anwar
Kerajaan menyasarkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) mencatatkan RM367.8 bilion pelaburan direalisasi menjelang 2030.
Pembaharuan fiskal diperlukan agar ekonomi Malaysia bertunjang di landasan kukuh - Anwar
Kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan fiskal agar ekonomi Malaysia bertunjang di landasan yang mampan dan utuh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar ucap takziah kepada keluarga 'Aunty Bersih'
Katanya, mendiang akan dikenang sebagai aktivis gigih dan menjadi teladan kepada generasi penerus untuk terus mendesak membawa perubahan.
Perdana Menteri dijangka hadir Majlis Iftar MADANI anjuran JAKIM esok
Majlis bermula pukul 5.30 petang, akan turut menyediakan 10,000 pek juadah berbuka dan bubur lambuk Kampung Baru.
Ruang berfikir, berkarya di negara ini perlu kebebasan lebih luas - PM Anwar
Ia kerana Malaysia merupakan sebuah negara merdeka dan bukannya dijajah sehingga ada sekatan atau rasa terkongkong untuk mana-mana pihak menghasilkan karya mereka.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
Keselamatan siber: Malaysia perlu 25,000 profesional menjelang 2025 - PM Anwar
Malaysia kini kekurangan 12,000 profesional sekuriti siber, dan negara memerlukan lebih 25,000 pekerja bidang tersebut menjelang 2025.
Parlimen: Kerajaan beri tumpuan latihan STEM, tingkat pelaburan negara - PM Anwar
Anwar berkata kelemahan negara ketika ini adalah latihan dalam pendidikan matematik, sains, kejuruteraan, AI dan TVET di peringkat tertinggi.