Kabinet sedang mempertimbangkan cadangan untuk memindahkan Mesyuarat Mingguan kepada hari lain ketika sidang Dewan Rakyat berlangsung.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ada kemungkinan ia bakal diadakan pada Jumaat.

"Kami sedang mempertimbangkannya. Mungkin ia akan diadakan pada Jumaat," jawab beliau ringkas ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat.

Beliau memberi respon kepada kritikan beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang telah menyelar ketiadaan wakil Kabinet di Dewan Rakyat pada sesi petang.

Ini kerana Ahli Kabinet ketika itu sedang menjalankan mesyuarat mingguan.

BACA: Gara-gara Dewan kosong, Khairy cadang tukar Mesyuarat Kabinet ke Jumaat

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin merupakan antara Ahli Parlimen Pembangkang yang memuat naik gambar kekosongan dewan di media sosial bagi mengkritik tindakan Ahli Kabinet.