Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membantah tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menolak usul membahaskan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menghina etnik Bugis.
Penyelaras ADUN BN Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata memorandum itu juga sebagai sokongan terhadap titah baginda yang menzahirkan kemurkaan terhadap kenyataan itu.
"Speaker DUN (Hannah Yeoh) semalam menolak usul (yang dikemuka ADUN Kuang Datuk Abdul Shukor Idrus) dengan alasan sangat remeh dan tidak munasabah, terutama bila beliau menyatakan perkara ini (usul) bukan berkepentingan.
"Pada saya isu ini sangat mustahak kerana ia melibatkan titah sultan, jadi kami ADUN BN rasa terpanggil dan bawa usul ini (ke DUN). Bila ditolak kami ingin menzahirkan perkara ini ke bawah Duli Tuanku supaya Tuanku tahu yang ADUN BN sentiasa bersama dan sentiasa sokong baginda dalam hal ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu kepada Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani di Istana Bukit Kayangan di sini.
Mat Nadzari turut menyatakan kekesalan terhadap tindakan Speaker DUN yang tidak ambil endah terhadap isu itu untuk dibahaskan selain mendesak kerajaan Selangor menyatakan pendiriannya berhubung perkara ini.
Mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam yang ingin menyelesaikan isu ini dengan baik, beliau berkata DUN merupakan tempat terbaik untuk berbuat demikian.
"Ya, buatlah di dalam Dewan (DUN)... kami bukan budak nakal...kita berdisiplin, kita ada moral apatah lagi bila kita bincangkan perkara yang penting macam ini yang mempunyai satu kenyataan yang ada nilai daripada Sultan," katanya.
BACA: Kerajaan Selangor dicabar bertindak tegas terhadap Dr Mahathir
Dr Mahathir ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran parti pembangkang di Petaling Jaya pada 14 Okt lepas cuba mengaitkan keturunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai mungkin berasal daripada lanun Bugis.
BACA: Dakwaan hina Bugis: 'Saya tidak akan minta maaf' -Tun Mahathir
Ekoran kenyataan itu, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa murka dan amat kecewa dengan kata-kata itu yang dilihat sebagai cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap etnik Bugis yang merupakan susur galur Kesultanan Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2017
Mat Nadzari turut menyatakan kekesalan terhadap tindakan Speaker DUN Hannah Yeoh yang tidak ambil endah terhadap isu itu untuk dibahaskan. - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.