PILIHAN Raya Kecil (PRK) P165 Tanjung Piai selesai diadakan seperti dijadualkan pada 16 November lalu.
Dalam pertembungan enam penjuru itu, calon Barisan Nasional (BN) menang besar dengan memperolehi 25,466 undi, manakala calon mewakili PH, parti menyandang memperolehi hanya 10,380 undi.
Dengan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa calon BN menang dengan majoriti 15,086 undi. Ia juga bermakna BN kembali merampas semula kerusi Parlimen Tanjung Piai yang hilang kepada PH dengan undi tipis pada PRU ke-14.
Sementara itu, calon daripada Gerakan dan Berjasa serta dua lagi calon bebas yang turut bertanding kalah teruk malah hilang deposit seperti dijangkakan.
Pelbagai andaian
Pelbagai tafsiran dan andaian dibuat terhadap kemenangan BN dan kekalahan PH dalam PRK ini. Malah, keputusan serta pola pengundian PRK Tanjung Piai, iaitu PRK yang keempat dalam tahun ini menimbulkan pelbagai persoalan.
Ada yang mendakwa bahawa keputusan tersebut menunjukkan BN kembali pulih malah bangkit dari kejatuhan pada PRU ke-14 sementara ada yang mendakwa, keputusan PRK itu adalah tanda yang menunjukkan permulaan kemerosotan pengaruh PH dalam politik negara. Malah, ada yang menganggap itu tanda awal PH akan tersungkur dalam PRU ke-15 nanti.
Antara persoalan yang timbul adalah, apakah pengundi Melayu sudah bersatu padu dan meninggalkan perbezaan politik antara mereka yang wujud selama ini semata-mata kerana politiking, menyokong BN kerana menerima Muafakat Nasional antara UMNO - Pas yang termeteri baru-baru ini?
Apakah pengundi Cina yang menyokong hebat PH pada PRU ke-14 sudah mengalih sokongan mereka kepada BN kerana kecewa dengan prestasi kerajaan PH yang gagal menepati janji-janji mereka pada PRU ke-14?
Apakah pengundi India, walaupun kecil bilanganya (hampir 1 peratus sahaja) sedia menyokong BN seratus peratus bukan sahaja kerana kecewa dengan dasar dan polisi kerajaan PH malah percaya dan lebih yakin kepada kepimpinan baru MIC?
Apakah pengundi atas pagar dalam lingkungan 10 sehingga 15 peratus dari pelbagai kaum yang menyokong PH pada PRU ke-14 mengalih sokongan mereka kepada BN pada PRK ini?
Calon BN daripada MCA, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memperolehi 25,466 undi pada PRK kali ini. Ini bermakna calon BN menambah 4,735 undi lebih daripada jumlah yang diperolehi pada PRU ke-14.
Namun, calon BN daripada MCA ini pernah memperolehi 23,302 undi pada PRU ke-12 (2008), 25,038 undi pada PRU ke-13 dan 20,731 pada PRU ke-14 atau dalam linkungan 20 ribu undi.
Manakala, parti yang menentang BN (DAP) memperolehi 10,931 undi pada PRU ke-12, 19,581 undi pada PRU ke-13 dan 21,255 undi (PH) pada PRU ke-14.
Pola pengundian tersebut jelas menunjukkan sokongan terhadap calon BN (MCA) kembali dipulihkan seperti keputusan yang diperolehi pada PRU ke-13.
Di sebaliknya, sokongan terhadap calon yang menentang BN pula kelihatan merosot malah jumlah undi yang diperolehinya adalah sama seperti yang diperolehi pada PRU ke-12.
Dalam pada itu, calon BN meraih hampir 20 sehingga 30 peratus sokongan pengundi Cina dan 60 sehingga 70 peratus pengundi Melayu daripada jumlah yang keluar mengundi pada PRU ke-14.
Memandangkan hampir semua saluran (28 saluran) dimenangi calon BN pada PRK ini, maka boleh disimpulkan bahawa kadar sokongan pengundi Melayu kepada calon BN bukan hanya kekal seperti sediakala malah semakin meningkat.
Sementara itu, kegagalan calon Berjasa yang kononya bertanding atas platform Melayu dan hanya meraih 1,707 undi jelas menunjukkan pengundi Melayu menolak calon Berjasa dan menyokong calon BN.
Malah, sebahagian pengundi Melayu iaitu, lebih kurang 2 ribu pengundi yang menyokong Pas pada PRU ke-14 mengalih sokongan mereka kepada calon BN.
Manakala, pola sokongan pengundi Cina terhadap calon BN pula menunjukkan tiada perubahan secara drastik tetapi turut meningkat dan memberangsangkan.
Undi popular
Bersandarkan undi populariti, BN jelas kelihatan pulih semula sokongannya yang hilang di kalangan sebahagian kecil pengundi Melayu dan Cina pada PRU ke-14.
Manakala PH yang didokong oleh DAP bukan sahaja hilang sokongan pengundi Cina malah terjunam dalam PRK ini.
BN berjaya meningkatkan sokongannya iaitu hampir 25 peratus dalam PRK ini manakala sokongan PH kelihatan merosot lebih dua kali ganda.
Dari segi impaknya, keputusan PRK Tanjung Piai dijangka menyuntik semangat baru kepada BN untuk terus mara ke hadapan dalam menghadapi PRU ke-15.
Piagam Kemuafakatan Nasional yang memikat UMNO - Pas - MIC - MCA dalam satu gabungan yang inklusif didapati berkesan malah terbukti mampu menjatuhkan PH.
Selain itu, memandangkan kerusi Parlimen Tanjung Piai yang dianggap sebagai kerusi campuran atau mix-constituency jatuh kepada BN kerana PH terbukti tidak mampu mempertahankan malah mematahkan serangan-serangan yang tercetus daripada gelombang Muafakat Nasional.
Dengan kekalahan teruk ini, PH dijangka menghadapi kesulitan dalam mempertahankan sebahagian besar kerusi campuran yang ada di Semenanjung pada PRU ke-15.
PRK Tanjung Piai juga akan menjadi prelude kepada perubahan senario politik negara pada masa akan datang.
Perjanjian Kemuafakatan politik UMNO - Pas - MIC - MCA yang termeteri pada tahun ini terbukti mengubah sentimen politik sebahagian besar pengundi Melayu - Cina - India malah penyokong tegar parti Pas menjelang PRU ke-15.
Persoalannya, apakah PH akan bermuhasabah terhadap kekalahan, kekurangan dan kelemahan-kelemahannya malah menilai semula tingkah laku dan dasar-dasar mereka yang diperkenalkan sejak menguasai Putrajaya yang dilihat sebagai punca sebahagian besar pengundi Tanjung Piai menolak mereka?
Apakah BN akan mengambil pengalaman dan kemenangan PRK ini sebagai satu pedoman untuk terus menjalin dan merapatkan saf hubungan serta kerjasama antara parti-parti yang bergabung dalam Kemuafakatan Nasional (UMNO - Pas - MIC - MCA) dalam menambah baik jentera pilihanraya mereka untuk menawan semula Putrajaya?
Apapun, sekiranya pola peralihan dalam pemikiran politik di kalangan Melayu yang tercetus pada PRK Tanjung Piai terus kekal dan menular, maka sukar bagi PH terus mempertahankan Putrajaya dan dakwaan setengah pihak kononnya Kerajaan PH adalah kerajaan satu penggal dijangka menjadi kenyataan!
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Tue Nov 19 2019
PERIASAMY: Apakah pengundi Cina yang menyokong hebat PH pada PRU ke-14 sudah mengalih sokongan mereka kepada BN kerana kecewa dengan prestasi kerajaan PH yang gagal menepati janji-janji mereka pada PRU ke-14? - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Libya giat langkah kumpul derma untuk Gaza
Libya tampil dengan beberapa inisiatif mengumpul dana untuk dihantar ke Gaza.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Kisah bayi Leila Jeneid bukti Israel tidak berhati perut
Leila Jeneid, bayi yang berusia dua bulan belum lagi berkesempatan merasai nikmat hidup dan mendapat pelukan mesra keindahan dunia. Baru sahaja mencelik mata, dia sudah diuji dengan kesengsaraan kekurangan zat sehingga menyebabkannya berakhir di hospital.
TikTok perkenal pusat pilihan raya bagi tangani info palsu
TikTok merancang untuk melancarkan pusat pilihan raya dalam talian di platform itu sebagai sebahagian daripada usaha menyokong integriti pilihan raya sepanjang 2024.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat 27 Mac susulan cuaca panas.
Puluhan wau 'warnai' langit malam Kampung Panchor
Cuaca panas yang melanda Kedah sejak kebelakangan ini dilihat sedikit sebanyak merubah rutin seharian penduduk setempat. Di Kampung Panchor, Pendang, sekumpulan anak muda telah memulakan satu aktiviti yang jarang dilihat di kawasan lain iaitu bermain wau pada waktu malam.
Dua jasad dari enam mangsa hilang ditemukan
Dua jasad daripada enam pekerja pembinaan yang hilang dalam insiden jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat telah ditemukan pada Khamis.
6 kereta, tiga rumah terjejas dalam kejadian pokok tumbang di KL
Hujan lebat di sekitar kawasan Kuala Lumpur pada petang Khamis menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghempap kenderaan orang awam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.
RUU kekalkan kerajaan perlu untuk wujud kerajaan stabil, yakinkan pelabur - MB Perak
Cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengekalkan kerajaan mentadbir sehingga akhir penggal perlu dilaksana untuk mewujudkan kerajaan yang stabil.