Pas menamakan bekas anggota Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia pada 8 Sept ini.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan perkara itu berkata, Dr Halimah yang juga merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang dipilih kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang berpengaruh di Selangor.
"Dr Halimah juga sudah beberapa kali hadapi pilihan raya dan menang selain beliau berpengalaman dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Ini sangat penting bagi wakil rakyat yang bukan kerajaan," katanya di sini, malam ini.
Turut hadir pada majlis pengumuman calon itu adalah Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan, Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen Mukhyi dan bekas calon BN bagi PRK DUN Sungai Kandis Datuk Lokman Noor Adam.
Pada majlis itu juga, Abdul Hadi menyerahkan watikah pencalonan Pas kepada Dr Halimah, 58, yang juga merupakan Anggota Jawatankuasa Pas pusat.
Sementara itu, Dr Halimah menyeru pengundi di kawasan DUN itu untuk keluar mengundi pada 8 Sept ini bagi memperkuatkan suara pembangkang di DUN Selangor.
"Selain itu, sepanjang waktu berkempen 21 hari ini saya akan berusaha turun padang bertemu seramai mungkin pengundi di DUN Seri Setia ini bagi mendengar suara hati mereka sendiri.
Saya mahu fokus menyelesaikan masalah rakyat terutama membabitkan masalah sosioekonomi sekiranya saya diberi mandat sebagai ADUN di sini," katanya.
Menurutnya lagi, beliau yakin Pas mampu memenangi PRK itu sekiranya beliau mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk pengundi yang mengundi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Penamaan calon bagi PRK itu akan berlangsung pada Sabtu ini.
PRK DUN Seri Setia merupakan PRK kedua diadakan selepas PRU ke-14 (PRU14), berikutan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lepas.
Pada PRU14, 9 Mei lepas, Shaharuddin daripada PKR mengalahkan tiga pencabarnya Datuk Yusoff HM Hanif daripada BN, Mohd Ghazali Daud (Pas) dan calon Bebas Dr S. Vignes dengan majoriti 19,372 undi.
BN sebelum ini memutuskan untuk tidak bertanding di Seri Setia, sebaliknya memberi laluan kepada Pas untuk meletakkan calon pada PRK itu yang turut diadakan serentak dengan PRK DUN Balakong.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 15 2018
Abdul Hadi menyampaikan watikah calon Pas bagi PRK DUN Seri Setia kepada Halimah pada Majlis Pengisytiharan Calon Pas PRK DUN Seri Setia, 15 Ogos, 2018. --fotoBERNAMA
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria
Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza, kata Abdul Hadi.
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu turut melabel pemimpin di bawah kerajaan sebagai burung kakak tua dan menurutnya, walaupun tua tetapi tidak tahu bercakap.
Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang mengambil keterangan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
Polis rakam percakapan Abdul Hadi esok - KPN
Pegawai khas Abdul Hadi sudah memaklumkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu kepada polis dan menetapkan keterangan diambil esok.
Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila,pada Jumaat.
Jangan guna agama capai hasrat politik - Zahid
Ahmad Zahid berkata nasihat itu bukan ditujukan kepada individu dan pemimpin parti politik sahaja, sebaliknya juga kepada pemimpin dalam UMNO.