Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sengaja mencari perhatian apabila mencadangkan debat di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak bagi membahaskan isu negara.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, Timbalan Presiden Pakatan Harapan itu kini melihat dirinya semakin tenggelam dan tidak diberikan perhatian dalam Pakatan Harapan (PH).
"Justeru tidak perlulah kita melayan cabarannya kerana ia juga tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada rakyat.
"Hakikatnya Muhyiddin bukan pemimpin utama dalam PH, justeru tiada apa-apa yang Muhyiddin boleh lakukan untuk mempengaruhi PH.
"Debat bukan boleh selesaikan isu dan masalah rakyat. Kalau sekadar untuk menilai siapa yang lebih baik maka tidak perlu diadakan debat kerana sekarang pun rakyat boleh membuat penilaian," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: Muhyiddin sarankan Najib dan Dr Mahathir berdebat
BACA: #MalaysiaMemilih: "Kalau lama sangat jadi Perdana Menteri, nanti korup" - Tun M
Shamsul mengulas cadangan Muhyiddin supaya satu debat terbuka diadakan di antara Dr Mahathir dan Datuk Seri Najib bagi membahaskan isu negara.
Kata Muhyiddin, ia susulan kritikan terbuka Perdana Menteri terhadap Dr Mahathir yang mengatakan bekas perdana menteri itu kini tidak relevan memandangkan usianya sudah mencecah 92 tahun.
Dalam pada itu tegasnya, cabaran itu dibuat semata mata mahu menarik perhatian rakyat kepada Dr Mahathir, Muhyiddin dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sendiri.
"Kemudian, cuba tengok sejarah Dr Mahathir menjadi perdana menteri, adakah dia suka bila dicabar berdebat, malah diperlekehkan individu yang mencabarnya. Sekarang hendak berdebat pula?
"Pada saya lebih elok Datuk Seri Najib terus menumpukan tugasnya untuk membangunkan negara dan membela rakyat sebagaimana yang Datuk Seri Najib lakukan sekarang.
"Ini lebih baik dan memanfaatkan rakyat daripada membuang masa melayani pimpinam parti yang tiada agenda dan hala tuju yang jelas ini," ujarnya.
Jelas Shamsul lagi, Muhyiddin kini begitu bimbang dengan keadaan PH bila mana isu yang mereka bawa sudah semakin ditolak rakyat.
"Menuduh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan akhirnya ianya tidak dpercayai rakyat, menuduh negara bankrap nampak sangat berbohong dan mendakwa nilai ringgit akan merosot terbukti ia mengukuh sekarang.
"Ini sebenarnya yang Muhyiddin bimbangkan, malah apabila Ketua Pemuda PPBM mereka sendiri mencadangkan untuk membuka keahlian kepada bukan Melayu, ia lebih merosakkan partinya kerana dakwaan PPBM adalah parti pengganti UMNO sebenarnya kosong belaka," katanya.
Pada Rabu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Muhammad Zahid Md Arip hari ini gagal mencabar tindakan Ketua Audit Negara mengklasifikasikan laporan audit 1MDB sebagai rahsia rasmi apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman mereka.
Astro Awani
Wed Jan 24 2018
SHAMSUL: Hakikatnya Muhyiddin bukan pemimpin utama dalam PH, justeru tiada apa-apa yang dia boleh lakukan untuk mempengaruhi PH. - Gambar fail
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
Dr Mahathir dakwa undang-undang kini 'mengancam rakyat'
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang kini digunakan untuk mengancam rakyat.
'Jika SPRM ada bukti tunjuklah' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, setakat pengetahuannya, beliau tidak pernah disiasat tetapi notis SPRM menyatakan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu melakukan kesalahan.
Sambutlah hari raya dengan kesederhanaan, keinsafan - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menitip pesanan kepada rakyat khususnya umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, untuk menyambut dengan kesederhanaan dan keinsafan.
Tun M sambut Ramadan di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Ramadan kali ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Tun M jalani proses pemulihan di IJN
Jurucakap Tun M memberitahu, belum dapat dipastikan bila bekas Perdana Menteri itu akan dibenarkan discaj.
Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M palsu
Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.
Dr Mahathir terima rawatan di IJN akibat jangkitan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang menerima rawatan akibat jangkitan di Institut Jantung Negara (IJN).
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' dirujuk ke TPR
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' di Istana Negara telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.
Siasatan SPRM ke atas Mokhzani didakwa ada kaitan dengan Tun M
Siasatan SPRM terhadap Tan Sri Mokhzani dipercayai ada kaitan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan bapanya, yang juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kertas siasatan kenyataan Dr Mahathir dijangka dirujuk kepada AGC tiga ke empat hari lagi - KPN
Beliau juga menafikan kenyataan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu yang mendakwa disoal siasat umpama seorang penjenayah dan berkata polis hanya menjalankan tugas dengan meneruskan siasatan.