Biar masuk penjara kerana perjuangkan keadilan dan demokrasi, jangan masuk penjara kerana salah guna kuasa - itu peringatan yang disampaikan Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad kepada semua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.
Dalam ucapan penggulungannya di Kongres Nasional PKR ke-13 di sini hari ini, Ahli Parlimen Setiawangsa itu mengingatkan para perwakilan agar jangan alpa dan leka walaupun kini PKR menjadi tonggak Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan.
“Saya harap, lepas rakyat berikan keyakinan kepada kita untuk mentadbir negara dalam PH, kita jangan hilang idealisma tersebut. Saya sebut ketika Kongres AMK dua hari lepas, UMNO dan Barisan Nasional mengambil masa hingga 61 tahun baru rosak sehingga akar umbi.
“Kita semua di depan, di pimpinan anggota, reformis, seperti Ketua Umum kita, ada yang terpenjara, ada yang masuk lokap, hilang kerja. Dulu kita masuk sebab politik, saya tak mahu lagi kita selepas ini masuk (penjara) sebab salah guna kuasa,” katanya lagi.
Selain itu, Nik Nazmi turut memohon proses pemilihan terus yang diamalkan pada semua peringkat parti sebelum ini, kini dijalankan pada jawatan kanan sahaja.
Beliau berkata, kaedah pengundian terus semua peringkat terbukti menimbulkan pelbagai masalah, dan mewujudkan perasaan tidak puas hati semua pihak.
“Kita perlu melihat apakah wajar, kita nak undi dari jawatan Presiden hingga Majlis Perwakilan Pusat (MPP), Ketua MKK sampai MPP AMK, Wanita atas sampai bawah.
“Tapi yang tak praktikal, terlalu banyak undi hendak dikira. Saya harap sekiranya (Presiden baharu) Datuk Seri Anwar Ibrahim pun cakap nak lihat balik (proses pemilihan ini). Mungkin hanya jawatan tertinggi dipilih terus, yang lain kita kekal dengan sistem perwakilan,” katanya lagi.
Dalam ucapan terakhirnya sebagai Ketua AMK, Nik Nazmi turut mengingatkan sayap itu agar terus menjadi barisan paling hadapan dalam memperjuangkan hak golongan muda di negara ini.
Beliau juga mengharapkan agar diwujudkan pendidikan politik, khususnya kepada mereka yang baru menyertai parti itu selepas Pilihan Raya Umum yang lepas.
“Kita hendak didik anggota masuk selepas 9 Mei, kenapa Keadilan ini lahir, kenapa kita ini parti yang berbeza dari parti yang lain. Ini bukan soal kuasa, tetapi kita ada agenda reformasi, tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Inilah keistimewaan PKR,” katanya lagi.
Selain itu beliau turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan AMK pada penggal 2015-18 termasuk Timbalan beliau iaitu Dr Afif Bahardin.
Wan Syamsul Amly, Firdaus Azil, Diyana Ibrahim
Sun Nov 18 2018
Nik Nazmi mengingatkan para perwakilan agar jangan alpa dan leka walaupun kini PKR menjadi tonggak Kerajaan Persekutuan pimpinan PH. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
AWANI Ringkas: Rusuhan di bazar Ramadan
AWANI Ringkas
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran
Beliau berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala.
NCER disasar catat RM367.8 bilion pelaburan direalisasi menjelang 2030 - Anwar
Kerajaan menyasarkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) mencatatkan RM367.8 bilion pelaburan direalisasi menjelang 2030.
Pembaharuan fiskal diperlukan agar ekonomi Malaysia bertunjang di landasan kukuh - Anwar
Kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan fiskal agar ekonomi Malaysia bertunjang di landasan yang mampan dan utuh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar ucap takziah kepada keluarga 'Aunty Bersih'
Katanya, mendiang akan dikenang sebagai aktivis gigih dan menjadi teladan kepada generasi penerus untuk terus mendesak membawa perubahan.
Perdana Menteri dijangka hadir Majlis Iftar MADANI anjuran JAKIM esok
Majlis bermula pukul 5.30 petang, akan turut menyediakan 10,000 pek juadah berbuka dan bubur lambuk Kampung Baru.
Ruang berfikir, berkarya di negara ini perlu kebebasan lebih luas - PM Anwar
Ia kerana Malaysia merupakan sebuah negara merdeka dan bukannya dijajah sehingga ada sekatan atau rasa terkongkong untuk mana-mana pihak menghasilkan karya mereka.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
Keselamatan siber: Malaysia perlu 25,000 profesional menjelang 2025 - PM Anwar
Malaysia kini kekurangan 12,000 profesional sekuriti siber, dan negara memerlukan lebih 25,000 pekerja bidang tersebut menjelang 2025.
Parlimen: Kerajaan beri tumpuan latihan STEM, tingkat pelaburan negara - PM Anwar
Anwar berkata kelemahan negara ketika ini adalah latihan dalam pendidikan matematik, sains, kejuruteraan, AI dan TVET di peringkat tertinggi.