Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menafikan dakwaan bahawa beliau akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Malah Menteri Pengangkutan itu menyifatkan dakwaan itu sebagai mengarut dan tidak akan berlaku.
“Saya rasa (dakwaan Jamal itu) adalah mengarut. Saya rasa ini satu perkara yang tidak mungkin berlaku kerana saya sebagai Presiden MCA, kita memang fokus dalam pembangunan negara kita.
"Saya selaku Pengerusi MCA Selangor, saya bertanggungjawab untuk memastikan bahawa persiapan menghadapi pilihan raya umum dilakukan dengan baik,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan “Going 50: People Behind The TARC History” di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dalam satu sidang media mendakwa Presiden MCA itu dijangka bertanding di DUN Sekinchan.
DUN Sekinchan dimenangi DAP melalui wakil rakyat, Ng Suee Lim selama tiga penggal lalu sejak PRU 2004.
Selain itu, Tiong Lai bagaimanapun menegaskan MCA sudah bersiap sedia untuk membantu kemenangan semula BN di Selangor.
“Saya yakin beliau (Jamal) cuba memastikan bahawa MCA dalam keadaan yang sentiasa bersiap sedia dan kita akan pastikan MCA Selangor berada dalam keadaan itu (bersiap sedia) PRU14. Jadi, tidak timbul persoalan sama ada MCA akan bertanding atau tidak (di kerusi DUN Sekinchan)," katanya.
Ditanya sama ada wujud peluang MCA dan BN untuk merampas kerusi Sekinchan, Tiong Lai optimis bahawa parti itu akan dapat memenangi hati pengundi di kawasan tersebut.
“Ya kami (MCA) sangat fokus. Banyak persiapan perlu dibuat dan kami sangat bangga dan bersyukur kerana ramai ahli MCA di sana. Kira-kira 30 peratus daripada pengundi di sana adalah ahli MCA.
“Jadi, kami sebenarnya sedang berusaha untuk menarik semula sokongan pengundi kepada parti. Kami akan terus mentransformasikan parti untuk jadi parti yang lebih kuat," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Tue Feb 13 2018
Malah Menteri Pengangkutan itu menyifatkan dakwaan itu sebagai mengarut dan tidak akan berlaku. - Foto Bernama
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).