Sebelas Ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti dan meninggalkan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen.
Mereka termasuk Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, dua individu yang dipecat dari parti terdahulu hari ini.
"Kami, Ahli-Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) mengisytiharkan keluar daripada Keadilan dan muafakat Pakatan Harapan, bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen,” menurut mereka dalam satu kenyataan.
Berikut ialah senarai penuh Ahli Parlimen PKR yang mengisytihar keluar parti dan PH bagi membentuk blok bebas di Parlimen:
1. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Ahli Parlimen Gombak
2. Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
3. Datuk Saifuddin Abdullah
Ahli Parlimen Indera Mahkota
4. Baru Bian
Ahli Parlimen Selangau
5. Datuk Kamaruddin Jaffar
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak
6. Datuk Mansor Othman
Ahli Parlimen Nibong Tebal
7. Datuk Rashid Hasnon
Ahli Parlimen Batu Pahat
8. Datuk Seri Dr. Santhara Kumar
Ahli Parlimen Segamat
9. Ali Biju
Ahli Parlimen Saratok
10. Willie Mongin
Ahli Parlimen Puncak Borneo
11. Jonathan Yasin
Ahli Parlimen Ranau
Isabelle Leong
Mon Feb 24 2020
Sebelas Ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta-merta. - Gambar fail
Bertrand mengembara 'serap' ilmu terjun
Bertrand kini jalani latihan di Singapura bermula hingga 30 Mei ini dan kemudiannya akan ke Australia untuk menyertai kejohanan terjun di Brisbane.
Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion
Pada 2021 pelaburan dilulus dalam pusat data berjumlah RM3.4 billion, RM80.8 bilion pada 2022 dan RM60.5 bilion tahun lepas.
Lelaki lemas ketika bercuti di Air Terjun Sekayu
Mangsa dipercayai lemas selepas menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam air sewaktu mendaki laluan berbukit di tepi kawasan air terjun itu.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
Ahli Parlimen PKR saran Menteri Sumber Manusia bercuti
V Sivakumar disaran oleh Hassan Abdul Karim bercuti seketika sehingga SPRM selesai jalan siasatan.
'Kami sangkal sekeras-kerasnya pihak yang label kami pengkhianat'
Kumpulan Ahli Parlimen PKR yang diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyangkal tuduhan pihak yang melabelkan kumpulan itu sebagai pengkhianat.
Azmin dan 10 ahli PKR keluar parti, bentuk blok bebas di Parlimen
Sebelas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengistiharkan keluar daripada parti itu dan muafakat Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen.