PARTI Kongres India Malaysia (MIC) yang diterajui oleh Tan Sri SA Vigneswaran sejak Julai 2018 telah memiagamkan hala tuju parti untuk sahaja untuk mentransformasikan parti selaras dengan tuntutan-tuntutan semasa malah mengemudi MIC ke arah memulihkan kegemilangan dan kecemerlangan yang hilang sebelum ini.
Tidak dapat dinafikan bahawa kekuatan MIC yang merosot malah beransur-ansur hilang sokongan masyarakat termasuk pengundi India sejak tercetusnya protes jalanan anjuran Hindraf pada tahun 2007.
Malah, perhimpunan Hindraf turut mengubah landskap politik kaum India dan negara sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12. Kekuatan dan perpaduan MIC turut terjejas akibat tercetusnya krisis kepimpinan dalam parti yang berpanjangan iaitu hampir 10 tahun sejak 2008 sehingga 2018.
MIC di bawah kepimpinan Tan Sri SA Vigneswaran amat sedar terhadap faktor-faktor yang menyebabkan MIC dipinggirkan oleh masyarakat India kebelakangan ini. Menurut beliau, kegagalan MIC untuk memahami denyutan hati dan pemikiran politik masyarakat India di peringkat akar umbi telah menjauhkan parti itu daripada pengundi-pengundi yang akan menentukan nasib parti MIC.
Sehubungan itu, hala tuju MIC dipiagamkan meliputi pendekatan dan strategi baharu untuk memulihkan kekuatan parti dan meraih semula sokongan masyarakat India kepada parti secara amnya dan pengundi India secara khususnya dalam menjamin kemenangan calon-calon MIC sekali gus Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-15.
Percaturan politik
MIC yang menang seratus peratus kerusi sedia ada berturut-turut malah mampu menyumbang hampir 80 peratus undi India kepada BN sehingga tahun 2008, malah menjadi asas dan tiang kuat kepada kemenangan BN sejak PRU pertama hilang taringnya dan menjadi liabiliti kepada BN mulai PRU ke-12.
Sejak itu, MIC bukan sahaja menjadi sasaran kutukan pembangkang malah setengah pihak daripada masyakat India itu sendiri.
Namun demikian, suasana politik negara yang berubah sejak PRU ke-14 selain pencaturan politik dalam medan politik negara turut mengubah persekitaran politik serta menuntut kepimpinan parti MIC membuat pilihan dan keputusan politik yang bijak dan strategik bagi menjamin kelangsungan atau survival parti.
Atas kesedaran ini, SA Vigneswaran yang mengambilalih kepimpinan parti pada Julai 2018, mengambil daya usaha untuk memposisikan parti agar bukan sahaja terus kukuh, meraih sokongan masyarakat dan pengundi India malah menjamin calon-calon MIC sekali gus BN menang dalam PRU akan datang.
Kepimpinan baharu MIC memperkenalkan pelbagai program yang bersandarkan cita rasa dan denyut nadi untuk mendekati masyarakat India. Sebagai contoh, pelancaran program khas untuk menyedarkan kaum India terhadap ancaman penyakit jantung yang kian meningkat di kalangan masyarakat India.
Ia diadakan memandangkan penyakit jantung dan penyakit pulmonari adalah pembunuh utama kebelakangan ini malah penyakit jantung kian meningkat di kalangan rakyat, khususnya di kalangan kaum India.
Umumnya penyakit jantung memerlukan kos tinggi untuk rawatan iaitu kira-kira RM500 untuk satu pemeriksaan di pusat-pusat perubatan.
Sehubungan itu, MIC dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) tampil dan melancarkan Program 'Sayangi Jantung Anda' untuk membantu rakyat terutamanya masyarakat India dalam usaha mereka mendapat pemeriksaan jantung percuma di IJN.
Sementara itu, 'Bengkel Bantuan Guaman' yang dilancarkan MIC menyedikan bimbingan nasihat guaman kepada masyarakat India yang menghadapi masalah melibatkan kes-kes bankrap, jenayah, kemalangan jalan raya, perjanjian jual beli hartanah, ansuran kenderaan, penceraian, Socso dan kes sivil.
Pada masa yang sama, kepimpinan baharu MIC juga menyediakan bantuan kewangan kepada keluarga ahli parti yang meninggal dunia malah membantu membaiki rumah usang masyakat India atas dasar perikemanusiaan.
Pelancaran program-program yang bersifat kebajikan dan kemanusiaan menunjukkan komitmen kepimpinan baharu MIC untuk bukan sahaja terus menjalankan tanggungjawab politik selaku sebuah parti politik dalam membela kepentingan dan hak legitimasi kaum India malah membantu masyarakat India dalam usaha menjaga kebajikan mereka.
Selain itu, kepimpinan baharu MIC juga turut meneruskan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kedudukan sosio-ekonomi yang dilancarkan oleh kepimpinan MIC sebelumnya seperti MIED untuk menyediakan biasiswa dan bantuan kewangan bagi pelajar-pelajar yang terdiri daripada golongan B40.
Selain itu, ia termasuk penubuhan institusi pendidikan seperti AIMST dan TAFE untuk membantu rakyat terutamanya masyarakat India melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran dan pendidikan tinggi.
Sehingga kini MIC telah menyediakan lebih daripada RM154 juta untuk membantu pelajar-pelajar India melanjutkan pendidikan dalam pelbagai bidang termasuk professional dan kemahiran. Pelaksanaan program dan keprihatinan Presiden MIC dalam menjaga kebajikan kaum India secara amnya dan golongan B40 secara khususnya mengalihkan sokongan mereka kepada MIC dan kepimpinan baharu parti.
Program sentuhan hati yang dilaksanakan kepimpinan baharu MIC dijangka mengubah persepsi negatif yang menular di kalangan masyarakat India terhadap MIC kebelakangan ini.
Dalam pada itu, tidaklah keterlaluan sekiranya disimpulkan hala tuju kepimpinan SA Vigneswaran terutamanya pendirian tegas beliau dalam melarang permainan politik menggunakan kasta dalam parti mendapat sokongan hebat malah menawan hati dan minda bukan sahaja ahli MIC bahkan sebahagian besar masyarakat India.
Apapun, anjakan paradigma dalam pemikiran kepimpinan MIC semasa bukan sahaja berjaya meningkatkan perpaduan parti dalam masa yang singkat ke tahap yang tertinggi dalam sejarah MIC, malah berjaya menutup mulut sesetengah pihak yang sering menyoal dan mengkritik kepimpinan MIC.
Perubahan persepsi serta peningkatan sokongan masyarakat India terhadap MIC akan menjadikan MIC sebagai aset kepada BN dalam menjayakan cita-cita menguasai semula Putrajaya pada PRU ke-15.
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Mon Nov 25 2019
Perubahan persepsi serta peningkatan sokongan masyarakat India terhadap MIC akan menjadikan MIC sebagai aset kepada BN dalam menjayakan cita-cita menguasai semula Putrajaya pada PRU ke-15. - Foto Facebook SA Vigneswaran
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.
RUU kekalkan kerajaan perlu untuk wujud kerajaan stabil, yakinkan pelabur - MB Perak
Cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengekalkan kerajaan mentadbir sehingga akhir penggal perlu dilaksana untuk mewujudkan kerajaan yang stabil.